Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Sup Bunga Lili

2015-09-23 17:45:40

Sup Bunga Lili

Bunga lili kering yang rasanya manis, dapat membantu menghentikan pendarahan, mengurangkan keradangan, menghilangkan kepanasan dalam badan dan merangsang laktasi. 

Bunga lili juga mempunyai kesan kuratif untuk menyembuhkan muntah darah, najis berdarah, kencing yang tidak lancar dan insomnia, selain baik untuk kecantikan kulit.

Hidangan: Sup Bunga Lili Kering, Fungus Hitam dengan Daging Ayam

Fungsi: Fungus hitam yang kaya dengan serabut diet, boleh membantu menghapuskan lemak dan menyegarkan rasa hidangan serta menyingkirkan toksin dalam badan. Sup ini amat sesuai untuk individu yang sering makan di luar atau individu yang amalan pemakanannya kurang sihat.

Bahan: Daging ayam 60 gram, bunga lili kering 20 gram, fungus hitam 15 gram, kicap, kanji, garam, serbuk perasa, minyak bijan.

Cara memasak:

1. Daging ayam dicuci bersih dan dihiris nipis. Kemudian, tambah kicap dan kanji, gaul hingga sebati.

2. Basuh bunga lili kering dan fungus hitam, lalu rendam dalam air bersih hingga lembut. 

3. Masukkan bunga lili dan fungus hitam ke dalam periuk,     tambah air, kemudian rebus. Selepas kira-kira lima      minit, masukkan daging ayam, tambah garam secukup     rasa, serbuk perasa dan minyak bijan. Kemudian,     kacau     hingga masak.  

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin