Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Fungus Hitam

2015-09-11 10:09:16

Fungus hitam, sejenis ramuan dalam masakan Cina, yang biasanya dijual dalam bentuk kering, mengandungi pelbagai mikronutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan.

Dalam kaedah perubatan herba tradisional Cina, fungus hitam dianggap seperti aspirin kerana mampu mencairkan darah bagi mengelakkan pembekuan darah, meningkatkan peredaran darah dan mencegah daripada penyakit kardiovaskular.

Fungus hitam juga membantu membersihkan paru-paru dan usus, selain bermanfaat untuk mencegah pendarahan rahim, buasir, tekanan darah tinggi dan kolesterol.

Polisakarida dan bahan kimia fenol dalam fungus hitam bukan sahaja menghalang pertumbuhan tumor dan mencegah pelbagai jenis penyakit kronik seperti kanser dan strok, malah dikatakan juga boleh meneutralkan kesan sampingan kemoterapi dan radiasi.

Khasiat Fungus Hitam

Resipi: Fungus Hitam Goreng Bersama Telur (mu4 er3 chao3 ji1 dan4)

Bahan: 4 biji telur, 250 gram fungus hitam, garam, serbuk perasa, minyak masak, bawang hijau, halia

Cara Masak:

1. Basuh fungus hingga bersih dan masuk ke dalam periuk berisi 5 cawan air. Rendam selama 2 jam. Potong fungus menjadi potongan kecil, kemudian hiris bawang hijau dan halia.

2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul telur hingga kembang.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Kemudian, angkat.

4. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang hijau dan halia hingga naik bau, masukkan fungus dan telur yang sudah siap tadi, goreng seketika.

5. Bubuh sedikit garam dan serbuk perasa sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin