Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Manfaat Batang Bawang Putih

2015-08-14 11:50:21

Batang bawang putih terbukti mengandung alisin yang bersifat antibakteria dan antiseptik. Tumbuhan ini kaya dengan protein, lemak, fosforus, zat besi, kalsium, niasin, magnesium, mangan, kalium, serat, vitamin A, C dan E, dan lain-lain. Kesemuanya itu menjadikan batang bawang putih memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, antaranya termasuklah mencegah dan mengubati demam selesema, menyembuhkan luka, mengawal tahap kolesterol, menghindari sembelit, mencegah serangan sakit jantung, dan sebagainya.

Manfaat Batang Bawang Putih

Resipi: Batang Bawang Putih Goreng dengan Hirisan Daging Lembu

Bahan:

100g daging lembu

175g batang bawang putih

sebiji telur

kanji, serbuk perasa, minyak masak, garam dan minyak bijan

hirisan bawang dan halia

Cara memasak:

1. Cuci daging lembu hingga bersih dan hiris halus. Campurkan hirisan daging itu dengan garam, kuning telur dan cecair kanji.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali, kemudian goreng hirisan daging lembu hingga masak. Angkat dan tuskan minyak.

3. Masukkan hirisan bawang dan halia dalam kuali, goreng dengan sedikit minyak hingga bau wangi. Kemudian, masukkan potongan batang bawang putih, goreng semua bahan tersebut dengan garam dan sedikit serbuk perasa, lalu bubuh sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin