Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Lobak Putih

2015-07-16 15:34:26

Lobak putih memiliki kulit berwarna putih dengan daging berwarna putih pula. Lobak dapat dimakan dalam keadaan mentah atau boleh juga dijadikan sebagai bahan sup.

Kandungan kimia dari umbinya antara lain vitamin A, B1, B2, niasin, serat kasar, kalsium, fosfor, zat besi dan asam oksalat.

Sayur ini bermanfaat bagi gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku, merangsang nafsu makan, mengatasi masalah pencernaan, meredakan sembelit, merawati selsema, membantu mengurangkan kelebihan berat badan dan melarutkan batu hempedu, meningkatkan pengeluaran urin oleh buah pinggang, dan baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan serta untuk pesakit diabetes.

Khasiat Lobak Putih

Sup Lobak Putih

Bahan-bahan:

1/2 ekor rangka ayam, 1 batang lobak putih, 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, halia, 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam, garam

Cara memasak:

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.

2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.

3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.

4. Masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat. Biar ia mendidih sebentar sebelum boleh dihidangkan.

5. Boleh dihias dengan daun bawang dan tabur bawang goreng semasa menghidang.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin