Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Lobak Merah

2015-07-07 10:43:52

Lobak Merah

Lobak merah selalu digelar sebagai "ginseng kecil" antara sayur-sayuran. Lobak merah berfungsi untuk membantu pencernaan, bermanfaat untuk hati dan mata, melicinkan kulit, mengeluarkan unsur beracun yang memanaskan badan, dan mempunyai khasiat yang dipercayai baik untuk kesihatan.

Terdapat beberapa jenis makanan yang sesuai dimasak dengan lobak merah, seperti bayam (Spinacia oleracea). Jika kedua-dua sayur itu dimasak sekali boleh mengurangkan risiko penyakit strok.

Satu lagi, jika lobak merah dimakan bersama-sama dengan kurma dan gula batu juga baik untuk limpa, melancarkan pernafasan dan melegakan batuk. Perlu diingatkan, lobak merah tidak boleh dimakan bersama dengan lobak putih dan cili.

Resipi Masakan Lobak Merah dengan Cendawan dan Asparagus (Gu Sun Huluobo)

Bahan:

200 gram cendawan,

80 gram lobak merah

80 gram asparagus

minyak masak, garam, halia, serbuk perasa dan kanji

Cara memasak:

1. Buat garisan seperti tanda silang di permukaan cendawan. Potong lobak merah dan asparagus menjadi kepingan kecil.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng lobak merah dan cendawan seketika. Kemudian, masukkan asparagus, garam, halia, serbuk perasa bersama-sama dengan sedikit air ke dalam kuali. Kacau sehingga masak. Selepas itu, campurkan sedikit kanji dan angkat.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin