Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Seladeri Goreng Taokwa

2015-06-23 11:40:15

Seladeri Goreng Taokwa

Seladeri hanyalah sayur biasa di atas meja makan kita, namun amat penting kepada kesihatan tubuh badan manusia kerana banyak mengandungi khasiat. Seladeri kaya dengan khasiat untuk menurunkan tekanan darah. Bahan yang bersifat alkali dalam seladeri membantu untuk menenangkan perasaan, melancarkan aliran air kencing, mengurangkan bengkak dan mencegah kanser. Selain itu, seladeri turut digunakan untuk merawat penyakit ginekologi seperti haid yang tidak teratur.

Terdapat beberapa jenis makanan yang sesuai dimasak dengan seladeri, antaranya termasuk tomato yang kaya dengan vitamin, kurma, udang kering dan kacang tanah.

Resipi masakan halal kali ini memperkenalkan “xiang(1) gan(1) chao (3) qin(2) cai(4)”, iaitu seladeri goreng tauhu salai.

Bahan: 3 potongan tauhu salai, 300 gram seladeri, sebiji bawang kecil, minyak masak, garam dan serbuk perasa.

Cara memasak: 1. Bersihkan seladeri, termasuk daun dan batangnya. Potong menjadi potongan yang kecil. 2. Bersihkan dan hiris tauhu salai. Kemudian, hiris bawang kecil. 3. Panaskan air dalam kuali dengan suhu sederhana dan masukkan seladeri. Kemudian, angkat seladeri selepas tiga hingga lima minit. 4. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan hirisan bawang dan masukkan seladeri semula selama 30 saat, kemudian masukkan tauhu salai. Akhirnya, masukkan garam dan serbuk perasa sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin