Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Resipi: Kucai Goreng Bersama Telur

2015-06-19 11:34:05

Kucai yang sarat dengan antioksidan, serat, vitamin, kalsium dan mineral mempunyai segudang manfaat untuk kesihatan tubuh manusia, seperti mencegah kanser, mengatasi masalah kulit, membantu mencegah jerawat, menurunkan berat badan serta tekanan darah dan kolesterol, mencegah sembelit, memperkuat folikel rambut dan lain-lain.

Resipi: Kucai Goreng Bersama Telur

Resipi: Kucai Goreng Bersama Telur

Bahan: 2 biji telur, 150 gram kucai, garam, serbuk perasa, minyak masak, bawang hijau, halia

Cara Masak:

1. Potong kucai menjadi potongan kecil, hiris bawang hijau dan halia

2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan gaul rata sepenuhnya.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Kemudian angkat.

4. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang hijau dan halia sehingga naik bau, masukkan kucai dan telur yang sudah siap tadi, goreng sekejap. Jangan biarkan sayur ini terlalu lama dalam kuali yang panas.

5. Bubuh sedikit garam dan serbuk perasa sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin