Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Petola dalam Penjagaan Kesihatan

2015-05-20 13:47:33

Petola adalah rendah lemak tepu dan juga rendah kalori. Ia benar-benar kaya dengan serat pemakanan, vitamin C, riboflavin, zink, thiamin, besi dan magnesium.

Petola boleh dijadikan sebagai ubat yang amat berkesan terhadap masalah sembelit dan juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit bawasir. Ia mempunyai keupayaan membantu melancarkan sistem pencernaan. Selulosa yang banyak dalam sayur ini membantu anda untuk memerangi masalah usus. Diabetes jenis dua boleh disembuhkan dengan pengambilan petola dengan kerap.

Nilai pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan, vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan. Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah anda daripada bahan-bahan tercemar.

Selain itu, sayur itu juga bermanfaat untuk penyakit kencing manis, mencegah keguguran rambut dan gigi, serta merangsang penghasilan susu ibu.

Khasiat Petola dalam Penjagaan Kesihatan

Resipi masakan halal kali ini memperkenalkan "si1 gua1 chao3 ji1 dan4", iaitu petola goreng telur.

Bahan: 400 gram petola, 4 biji telur ayam, minyak masak, garam, hirisan bawang hijau

Cara masak:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan gaul rata sepenuhnya. Kupas petola dan potong menjadi kepingan yang kecil.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur hingga kuning keemasan.

3. Masukkan potongan petola, bawang hijau yang sudah dihiris dan goreng semua bahan tersebut. Bubuh sedikit garam dan serbuk perasa sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin