Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Resipi Timun Pai1 Huang2 Gua1

2015-05-11 14:46:08

Resipi Timun Pai1 Huang2 Gua1

Timun mengandungi air yang banyak, rasanya sedap dan merupakan sayuran baik untuk kulit. Dengan amalan memakan timun yang kerap atau meletakkannya pada kulit muka,  masalah penuaan akan diatasi dengan mengurangkan kedutan, dan juga mencegah keradangan di bahagian mulut. 

Menurut hasil penyelidikan terkini, amalan memakan timun juga mampu merendahkan gula dalam darah. Oleh itu, timun juga adalah makanan yang baik bagi merawat penyakit kencing manis.

Resipi Timun Pai1 Huang2 Gua1

Resepi “pai1 huang2 gua1” yang tidak perlu dimasak dengan api ini amat sesuai untuk dimakan pada musim panas. Bahan: 500 gram timun, bawang putih, cuka putih, minyak bijan, kicap, garam dan serbuk perasa

Cara memasak: 1.     Bersihkan timun dengan membuang kepala dan ekornya. Belah timun kepada dua bahagian dan ketuk timun dengan pisau. Kemudian, potong kecil.

2.     Masukkan timun tersebut dalam mangkuk dan campurkan cuka putih dan garam, selepas itu angkat dan tuskan air sebelum diletakkan pada pinggan.

3.     Campurkan bawang putih yang telah dikisar, minyak bijan, kicap dan serbuk perasa pada timun sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin