Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Terung dalam Penjagaan Kesihatan

2015-04-24 11:48:58

Terung penting kepada kesihatan tubuh manusia kerana banyak mengandungi khasiat. Terung kaya dengan vitamin C, K, B6, niasin, magnesium, fosforus, mangan, kalium, serat, dan lain-lain. Sayur ini juga mengandungi zat besi dan kalsium yang penting dalam menjaga kesihatan tulang.

Terung menawarkan pelbagai khasiat yang cukup penting dalam membantu menjaga kesihatan tubuh, antaranya menjaga kesihatan jantung, mengawal gula dalam darah dan mencegah pendarahan serebrum dan arteriosklerosis.

Khasiat Terung dalam Penjagaan Kesihatan

Resipi masakan halal kali ini memperkenalkan “hong2 shao1 qie2 zi”, iaitu terung goreng bersos, yang bermanfaat bagi mengekalkan keanjalan arteri.  

Bahan: Sebiji terung, 100 gram lada benggala hijau, 100 gram tomato, putih telur, hirisan bawang hijau, halia, bawang putih, kanji, garam, serbuk perasa, minyak masak dan gula  

Cara masak:

1. Potong terung, tomato dan lada benggala hijau menjadi potongan kecil.

2. Masukkan putih telur dan kanji ke dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga sebati.

3. Panaskan minyak masak dalam kuali, celup potongan terung ke dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga keemasan. Kemudian, keluarkannya dan tuskan.

4. Masukkan  bawang hijau yang sudah dihiris, halia, bawang putih, tomato dan lada benggala hijau yang sudah dipotong kecil dan goreng semua bahan tersebut. Bubuh sedikit garam, serbuk perasa dan gula sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin