Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Bebola Daging Lembu Goreng Segera

2015-03-06 13:33:42

Bebola Daging Lembu Goreng Segera

Bebola Daging Lembu Goreng Segera(熘丸子 liu1 wan2 zi)

Bahan: 175 gram daging lembu tanpa lemak yang dicincang, sebiji ayam telur, 50 gram kanji, 25 gram minyak bijan, 500 gram minyak kacang, 25 gram rebung, 15 gram fungus hitam yang direndam dan dibersihkan, 25 gram bayam, 25 gram kicap, 2 gram serbuk perasa, 15 gram bawang hijau yang dihiris halus, 5 gram halia dan 10 gram bawang putih yang ditumbuk, garam dan sup ayam secukupnya.  

Cara Memasak:

1)   Hiris rebung. Kemudian, rebus bayam sebentar, lalu segera masukkannya ke dalam air dingin, angkat dan tuskan. Potong bayam menjadi 3.5 sentimeter.

2)   Masukkan telur ayam, kicap, garam, kanji, halia yang ditumbuk halus serta minyak bijan ke dalam daging lembu yang dikisar dan gaul hingga sebati.

3)   Ambil semangkuk sup ayam dan tambah kicap, serbuk perasa, kanji, halia dan bawang putih yang dicincang halus serta hirisan bawang hijau untuk membuat sos campuran.

4)   Panaskan minyak kacang dalam kuali, bulat-bulatkan bahan yang telah digaul hingga sebati tadi untuk membentuk bebola daging, goreng hingga daging menjadi kuning keemasan. Angkat dan letakkannya dalam pinggan.

5)   Masukkan sedikit minyak masak, goreng hirisan rebung, fungus hitam dan hirisan bayam, lalu masukkan bebola dan sos campuran yang telah siap tadi. Goreng semua bahan tersebut hingga sos tersebut pekat. Bubuh sedikit minyak bijan sebelum menghidangkannya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin