Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Gongbao Udang

2015-01-23 12:48:33

Gongbao Udang

Bahan:


300g udang


50g kacang tanah tanpa kulit


20g timun


20g rebung musim sejuk


Garam, gula, serbuk perasa, putih telur, cecair kanji, bawang, halia dan sos soya


Cara memasak:


1. Buang kulit udang dan kepala sebelum dibersihkan. Kemudian, potong udang sepanjang 2cm. Timun dan rebung juga dibersihkan terlebih dulu sebelum dihiris. Rendam kacang tanah dalam air panas, kemudian goreng sehingga kering.

2. Campurkan potongan udang dengan garam, putih telur dan cecair kanji.

3. Panaskan minyak, kemudian masukkan potongan udang sehingga masak. Angkat dan tuskan minyak. Masukkan potongan timun dan rebung untuk dimasak sebentar, kemudian angkat.

4. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, masukkan sos soya, hirisan bawang dan halia sehingga harum. Masak potongan udang, timun dan rebung dengan api yang kuat, tambah gula, cecair kanji dan serbuk perasa. Kemudian, masukkan kacang tanah yang sudah dimasak, bubuh sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin