Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Yuan Xiao, Simbol Penyatuan Hati Sekeluarga

2014-11-15 16:45:13

Yuan Xiao, Simbol Penyatuan Hati Sekeluarga

Yuan Xiao ialah sejenis juadah tradisional Cina berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung pulut, dan mempunyai inti manis. Yuan xiao lazimnya dimakan semasa jamuan sekeluarga ketika menyambut Pesta Tanglung.

Bahan-bahan untuk membuat yuan xiao hanyalah tepung pulut, air secukupnya dan inti. Bebola ini kemudian akan direbus, sama seperti membuat kuih onde-onde di Malaysia.

Inti yuan xiao pelbagai, seperti haw, bijan, kuaci, coklat, kelapa parut dan lain-lain.

Cara-cara membuat Yuan Xiao yang berinti haw:

(1) Hancurkan buah haw, walnut dan bijan untuk dijadikan inti.

(2) Gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut dengan manisan, bunga Osmanthus dan sedikit tepung;

(3) Gentel adunan tersebut menjadi bebola kecil, kira-kira 6-8 gram setiap satu. Kemudian biarkan keras.

(4) Sediakan tepung beras pulut dalam sebuah bekas besar.

(5) Celupkan bebola kecil inti tersebut ke dalam air, kemudian golekkannya ke dalam tepung beras pulut.

(6) Ulang langkah (5) tadi kira-kira 4-5 kali sehingga semua inti bersalut tepung.


(7) Akhir sekali, rebus bebola ini dalam air mendidih sehingga timbul menandakan ia masak.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin