Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Cara Membuat Kuih Bulan

2014-11-15 16:41:47

Cara Membuat Kuih Bulan

Menjelang Pesta Kuih Bulan, anda boleh membeli kuih bulan di pasar-pasar raya atau kedai. Kuih bulan dengan pelbagai inti memang satu kemestian pada pesta ini. Namanya juga Pesta Kuih Bulan, bukan?

Inti kuih bulan terdiri daripada pes kacang merah, kacang hijau, biji teratai, dan kuning telur itik asin. Pilihlah mana anda suka.

Jika ingin mencuba kemahiran memasak, di sini kami kongsikan cara membuat kuih bulan ini.

Kuih bulan terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian kulit atau pastri dan inti. Mula-mula kita perlu membuat kulitnya terlebih dahulu.

1.      Cara membuat pastri kulit:

Gaulkan bahan-bahan untuk kulit, iaitu tepung, sirap kencana atau sirap gula, minyak kacang dan air abu. Kacau rata hingga jadi doh. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang sama besar. Canai atau leperkan doh itu menjadi nipis (0.6 cm).

2.      Cara membuat inti:

Pes kacang pain: buang biji kurma merah, cuci dan kukus sehingga masak kemudian lecek kurma tadi. Masukkan gula dan air dalam periuk dan didihkan sehingga gula larut. Kemudian, tambah pes kurma merah, minyak dan kacang pain ke dalam sirap tersebut. Masak hingga pekat dan tidak melekat.

3.      Letakkan inti di atas pastri tadi. Bubuh minyak dan osmanthus. Bungkus pes dengan pastri kulit tersebut dan kemaskan.

4. Tekan pastri tadi ke dalam acuan khas untuk membuat kuih bulan. Tekan perlahan-lahan hingga padat dan menjadi bentuk yang sekata.

4.      Masukkan kuih bulan tersebut ke dalam ketuhar pada suhu 240 darjah Celsius, bakar beberapa minit sehingga corak di atas kuih bulan tersebut kelihatan perang. Kurangkan suhu ketuhar dan bakar selama 6 hingga 7 minit lagi sehingga masak. Sejukkan kuih bulan sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin