Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Ayam Kung Pao

2014-11-12 14:43:54

Ayam Kung Pao

Menurut cerita, resepi “Ayam Kung Pao” mendapat namanya pada zaman Dinasti Qing, lebih 200 tahun yang lalu. Nama "Kung Pao" diambil sempena nama Ding Baozhen, seorang yang ternama ketika itu. Ding Baozhen berasal dari Provinsi Guizhou. Ketika memegang jawatan sebagai Gabenor Provinsi Sichuan, beliau berusaha memperbaiki sistem pengairan di Dujiangyan untuk membantu penduduk tempatan mencegah bencana banjir. Beliau dianugerahi gelaran "Tai Zi Shao Pao" hasil sumbangan yang besar itu. "Tai Zi Shao Pao" ialah salah satu gelaran anugerah dari kumpulan "Kung Pao". Ding Baozhen sangat suka makan ayam dadu goreng. Oleh itu, untuk memperingati jasa Ding Baozhen, penduduk tempatan menamakan resepi ayam dadu goreng sebagai "Ayam Kung Pao".

Bahan:

Daging ayam yang dipotong dadu 2x2 sm, kacang tanah, kicap, halia yang dicincang halus, cabai kering, gula, daun bawang dipotong sepanjang 2 sm, bawang putih yang dicincang kasar, lada hitam ditumbuk kasar, minyak masak untuk menumis.

Cara memasak:

1.    Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.

2.    Masukkan daging ayam, kacau hingga separuh masak.

3.  Tambahkan daun bawang dan perencah lainnya. Kacau rata.

4.    Masukkan air, cabai kering dan kicap, dan biarkan mendidih hingga pekat.


5.    Angkat. Bubuh dalam piring dan sajikan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin