Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Udang Sarang Burung

2014-11-07 12:11:28

Udang Sarang Burung

Bahan:

250g udang, 10 biji telur puyuh, 2 biji ubi kentang, minyak masak, garam, serbuk perasa, tepung gandum, tepung kentang, ketumbar secukupnya


Cara memasak:

1. Cuci bersih ubi kentang, buang kulit dan hiris halus, lalu rendamkan hirisannya dalam air buat sementara. Angkat dan tuskan air, campur dengan tepung gandum hingga dikeringkan.

2. Masukkan hirisan ubi kentang ke dalam penapis hingga menjadi bentuk sarang burung.

3. Panaskan minyak dalam kuali, lalu masukkan sarang burung yang disiapkan tadi. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.

4. Basuh udang, buang kepala dan kulitnya, kemudian belah belakangnya. Masukkan udang yang telah dilumur dengan garam, serbuk perasa dan tepung kentang ke dalam kuali yang ditinggalkan sedikit minyak. Goreng hingga masak.

5. Siapkan sarang burung dalam pinggan, letakkan telur puyuh rebus dan udang yang digoreng masak tadi, lalu hias dengan ketumbar sebelum dihidangkan.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin