Musim Tarian Balet Antarabangsa China ke-3 akan berlangsung di Panggung Teater Tianqiao Beijing pada 10 November hingga 14 Januari tahun 2018. Sidang media yang diadakan baru-baru ini memaklumkan, rombongan tarian balet antarabangsa yang terkenal dari Rusia, Perancis dan Amerika Syarikat serta rombongan tarian balet domestik China akan membuat 45 kali persembahan.