Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Hiburan > Kandungan

Industri Animasi Malaysia Mampu Tembusi Pasaran Global

2016-11-02 14:35:07

Industri Animasi Malaysia Mampu Tembusi Pasaran Global

Kerajaan Malaysia yakin industri filem animasi tempatan berupaya melakar kejayaan di pentas antarabangsa menjelang 2050.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, industri tersebut mempunyai potensi yang besar untuk diketengahkan di peringkat global. Kerajaan akan terus memberi sokongan kepada industri filem animasi tempatan.

Demikian dinyatakan beliau ketika merasmikan Malam Gala Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng di Mutiara Damansara di Kuala Lumpur, semalam.

Filem animasi Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng yang diterbitkan melalui usahasama Les Copaque Production dan KRU Studios itu akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 24 November ini.

Selain itu, Disney Channel juga akan menyiarkan siri animasi Upin & Ipin.

Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada penerbit Upin & Ipin atas kejayaan siri animasi berkenaan menembusi pasaran antarabangsa.

(sumber Utusan Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin