Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Kalendar 24 Musim: Chu Shu

2015-06-03 11:03:19

Di kawasan aliran Sungai Yangtze di bahagian selatan China, penduduk tempatan di situ akan memberitahu anda bahawa 18 hari setelah hari "Chu Shu" berlalu, barulah cuaca akan menjadi sejuk. Sebenarnya, 18 hari lagi, hari "Embun Putih", salah satu penggal dalam kalendar "24 Musim" akan jatuh. Pada ketika itu, perbezaan suhu udara pada waktu siang dan waktu malam akan menjadi lebih besar sehingga udara mulai mengembun.

Dalam aktiviti pertanian, cuaca yang siangnya panas dan malamnya sejuk sangat berfaedah bagi pertumbuhan tanaman. Ini kerana tanaman akan membuahkan hasil dengan lebih cepat dalam cuaca tersebut.

Sebenarnya, "Chu Shu" merupakan musim kedua setelah musim gugur tiba di China. Pada musim gugur, kaum tani di China akan menjadi semakin sibuk. Tanaman biji-bijian seperti jagung telah mula matang dan sedia untuk dituai. Serentak dengan itu, kapas dan padi hasilan awal juga mulai dituai.

Penurunan hujan pada musim itu akan memberi pengaruh yang berbeza bagi kawasan selatan dan utara China. Di bahagian utara China yang jarang hujan, penurunan hujan boleh membantu pertumbuhan tanaman untuk memperoleh tuaian yang besar. Akan tetapi, bagi bahaigan selatan China yang sering hujan, jika hujan turun pada hari "Chu Shu", ini mungkin mengakibatkan tuaian tahun itu terjejas teruk. Ini kerana, padi akan dituai pada musim itu di samping keladi juga perlu bertumbuh dalam persekitaran yang kering untuk menghasilkan lebih banyak kanji. Jika hujan terlalu banyak pada masa itu, ini akan menjejaskan pertumbuhan dan penuaian tanaman pertanian.

Kaum tani China telah merumuskan kesan penurun hujan dan cahaya terhadap hasil penuaian tanaman pertanian dengan meneliti perubahan iklim dan keunikan cuaca di tempat mereka. Ini juga memperlihatkan kebijaksanaan rakyat China pada zaman purba itu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin