Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Kalendar 24 Musim: Chu Shu

2015-06-03 11:03:19

Kalendar "24 Musim" merupakan satu sistem kalendar yang diciptakan oleh rakyat China pada zaman purba berdasarkan perubahan iklim, sukatan hujan dan pelbagai fenomena alam yang lain.

Kalendar "24 Musim" China yang bersejarah lebih 2000 tahun merupakan hasil kajian rakyat China setelah menjalankan cerapan cakerawala dan membuat pemerhatian yang teliti dalam bidang meteorologi dan juga warisan budaya yang unik. Kalendar tersebut dapat menjangkakan perubahan suhu udara, penurunan hujan serta cuaca dan telah menjadi alat yang sangat berguna bagi kaum tani kerana daripada kalendar itu, mereka boleh mengetahui masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman dan penuaian.

Kalendar 24 Musim: Chu Shu

Kalendar "24 musim" merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar. Hari pertama setiap penggal telah diberi nama seperti "permulaan musim bunga", "hujan" dan "serangga terjaga". Pada puratanya, terdapat dua "musim" dalam masa sebulan dan masing-masing jatuh pada awal dan akhir sesuatu bulan. Yang jatuh pada akhir bulan Ogos ialah "Chu Shu".

"Chu Shu" biasanya jatuh pada 22 hb, 23 hb atau 24 hb bulan Ogos setiap tahun. "Chu Shu" bagi tahun ini telah jatuh pada 23 Ogos lalu. Dalam kalendar "24 Musim", penggal yang sebelum "Chu Shu" ialah "Permulaan Musim Gugur". Dalam bahasa China, "Chu" bermaksud berhenti, manakala "Shu" bermaksud kepanasan.

Kalendar 24 Musim: Chu Shu

Dalam buku kalendar kuno China, "Chu Shu" bermaksud "musim panas akan berhenti". Dalam rancangan sebelum ini, kami telah memperkenalkan "Xiao Shu" dan "Da Shu" iaitu dua penggal daripada kalendar "24 Musim". Kedua-dua musim itu merupakan tempoh yang cuacanya paling panas di China. "Chu Shu" merupakan penggal terakhir dalam setahun yang namanya mengandungi "Shu" yang bermaksud kepanasan. Namun, cuaca dalam tempoh "Chu Shu" sudah beransur-ansur berubah dan tidak panas sangat.

Pada masa di sekitar hari "Chu Shu", suhu udara di seluruh China secara puratanya masih berada di atas 22 darjah Selsius. Sehubungan dengan itu, kebanyakan kawasan di China masih berada dalam musim panas ketika ketibaan "Chu Shu".

Walau bagaimanapun, setelah tibanya "Chu Shu", kekerapan aliran udara sejuk ke arah selatan akan menjadi semakin bertambah dan menyebabkan suhu udara di kebanyakan kawasan di China menurun dengan cepat.

Oleh sebab itu, "Da Shu" dan "Chu Shu" juga dikenali sebagai musim peralihan daripada musim panas kepada musim sejuk. Ciri-ciri iklim pada musim "Chu Shu" ialah suhu udara agak tinggi pada waktu siang dan sebaliknya pada waktu malam. Semasa musim "Chu Shu", tiupan udara kering dari arah utara telah menyebabkan cuaca langit yang cerah dan tidak banyak berawan, akan tetapi bahang matahari adalah berkurang secara relatif. Ini telah menyebabkan perbezaan suhu udara pada waktu siang dan waktu malam agak besar.

Di kawasan selatan China, masa kedatangan musim gugur agak lewat berbanding dengan kawasan utara China. Walaupun, hari "Chu Shu" sudah berlaku, akan tetapi cuaca masih tetap panas.

Kalendar 24 Musim: Chu Shu

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin