Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Kalendar 24 Musim: Da Shu

2015-06-02 10:29:20

Kalendar "24 Musim" China yang bersejarah lebih 2000 tahun merupakan hasil kajian rakyat China setelah menjalankan cerapan cakerawala dan membuat pemerhatian yang teliti dalam bidang meteorologi dan juga warisan budaya yang unik. Kalendar tersebut dapat menjangkakan perubahan suhu udara, penurunan hujan serta cuaca dan telah menjadi alat yang sangat berguna bagi kaum tani kerana daripada kalendar itu, mereka boleh mengetahui masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman dan penuaian.

Kalendar "24 musim" merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar. Hari pertama setiap penggal telah diberi nama seperti "permulaan musim bunga", "hujan" dan "serangga terjaga". Pada puratanya, terdapat dua "musim" dalam masa sebulan dan masing-masing jatuh pada awal dan akhir sesuatu bulan. Yang jatuh pada akhir bulan Julai ialah "Da Shu".

Kalendar 24 Musim: Da Shu

"Da Shu" bagi tahun ini jatuh pada 23 Julai. Dalam bahasa China, "Shu" bermaksud kepanasan. Dalam kalendar "24 Musim", penggal yang sebelum "Da Shu" ialah "Xiao Shu". "Da" bermaksud besar atau banyak, manakala "Xiao" bermaksud kecil atau sedikit. Setelah tibanya "Xiao Shu", walaupun cuaca telah mulai panas, tetapi masih belum sampai kemuncaknya. Akan tetapi, ketibaan hari "Da Shu" menandakan sudah sampai musim yang paling panas dalam masa setahun.

Dalam tempoh "Da Shu", suhu udara di kebanyakan kawasan di China akan mencecah sehingga 40 darjah Selsius. Sementara itu, "Da Shu" juga merupakan musim yang paling banyak kejadian petir yang diikuti dengan turun hujan petir.

Kalendar 24 Musim: Da Shu

Terdapat satu bidalan berbunyi bahawa "jika kilat berlaku di timur, maka tidak akan turun setitis hujan pun; jika kilat berlaku di barat, hujan akan turun segera sehingga orang yang di luar pun tak sempat untuk mencari tempat berteduh". Daripada bidalan tersebut kita dapat mengetahui bahawa pada sebelah petang musim panas, jika kilat berlaku di langit sebelah timur, jadi hujan tidak akan turun. Namun, jika kilat berlaku di langit sebelah barat, jadi hujan akan turun dalam masa sekelip mata sehingga orang yang berada di luar rumah tidak sempat untuk mencari tempat berteduh. Oleh sebab itu, orang China juga menyebut hujan petir pada sebelah petang musim panas sebagai "hujan barat laut".

Orang China juga mempunyai pepatah yang menggambarkan keistimewaan hujan pada musim panas yang berbunyi: "sedang hujan di sebelah sana permatang, tidak hujan di sebelah sini permatang". Ini menunjukkan keistimewaan hujan pada musim panas, jarak antara tempat hujan dengan tempat tidak hujan kadangkala hanya selebar satu permatang sahaja.

Di kebanyakan kawasan di China, musim "Da Shu" merupakan tempoh iaitu cahaya, haba dan air yang paling penuh dalam tempoh setahun. Ketiga-tiga unsur yang saling bergantung antara satu sama lain itu telah menyediakan persekitaran yang memanfaatkan pertumbuhan tanam-tanaman.

Akan tetapi, pada beberapa tahun ini, akibat kesan pemanasan global, banjir sering berlaku di sesetengah kawasan di bahagian selatan China dan kemarau pula sering berlaku di utara China. Ini bukan sahaja menjejaskan hasil pertanian tempatan, tetapi juga turut menyusahkan kehidupan harian penduduk tempatan.

Walaupun cuaca sangat panas ketika musim "Da Shu", namun rakyat China juga mempunyai banyak aktiviti hiburan yang khusus bagi musim ini. Musim "Da Shu" merupakan musim yang paling banyak ditemui serangga cengkerik di sawah. Di beberapa tempat di China, penduduk di sana mempunyai kebiasaan untuk bermain permainan "laga cengkerik" sebagai hiburan setelah penat bekerja seharian.

Di samping itu, masa di sekitar hari "Da Shu" juga merupakan musim bunga melur dan bunga teratai berkembang. Keharuman bunga melur akan menjadi semakin semerbak jika cuaca bertambah panas dan bau harumnya sehingga dapat menimbulkan perasaan selesa orang ramai.

Kalendar 24 Musim: Da Shu

Ilmu perubatan tradisional China berpendapat bahawa cuaca yang paling panas dan hujan yang banyak pada musim panas akan menyebabkan mereka yang sistem badannya lemah mudah jatuh sakit kerana kepanasan, terutamanya golongan tua dan kanak-kanak. Jadi, kita perlu merancang masa kerja dengan baik, mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari yang kuat, mengawal suhu udara dalam bilik dan banyak minum air. Selain itu, rakyat China juga percaya bahawa musim panas merupakan masa yang terbaik bagi menyembuhkan sesetengah penyakit kronik yang mudah menyerang orang pada musim sejuk seperti bronkitis kronik, emfisema dan penyakit lelah. Perubatan tradisional China berpendapat bahawa "Da Shu" merupakan musim yang suhu udaranya paling tinggi dan tenaga yang paling kuat bagi badan manusia, maka merawat penyakit yang mudah menyerang orang pada musim sejuk semasa penggal "Da Shu" akan mencapai kemujaraban yang luar biasa.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin