Di kawasan selatan China, para petani sedang sibuk menuai padi bagi kumpulan terakhir sesetahun.
Pada masa di sekitar hari "Ekuinoks Musim Luruh", keadaan kemarau atau hujan yang tidak berhenti-henti akan mempengaruhi aktiviti-aktiviti pertanian tempatan, terutamanya hujan yang tidak berhenti-henti akan menyebabkan hasil tuaian tumbuhan pertanian terjejas teruk.
Sehubungan dengan itu, kaum tani di China menganggap bahawa aktiviti pertanian pada penggal "Ekuinoks Musim Luruh" mesti diawalkan. Maksudnya kerja tuaian mesti dilakukan dengan seawal mungkin untuk mengelakkan hasil tanaman daripada terjejas akibat cuaca sejuk. Dalam daripada itu, kerja penanaman juga perlu dilakukan dengan awal supaya benih tanaman dapat tumbuh dengan sihat dan cukup kuat untuk tahan kesejukan pada musim sejuk.
Pada zaman purba China, orang ramai akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyambut ketibaan hari "Ekuinoks Musim Luruh" bagi mendoakan tuaian yang besar.
Dalam masyarakat orang China, Pesta Kuih Bulan atau Pesta Tanglung merupakan perayaan kedua terpenting bagi orang China. Pesta Kuih Bulan bagi tahun ini akan jatuh pada 25 September nanti.
Pada hari ketibaan Pesta Kuih Bulan, semua anggota keluarga akan balik ke rumah untuk berkumpul bersama-sama menikmati pemandangan bulan penuh yang indah. Kini, Pesta Kuih Bulan telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda negara China. Pesta itu bukan sahaja disambut oleh penduduk China, tetapi juga menjadi perayaan bagi orang Cina di seluruh dunia.