Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Kalendar 24 Musim: Ekuinoks Musim Luruh

2015-06-01 14:11:29

Kalendar "24 Musim": Ekuinoks Musim LuruhKalendar "24 Musim" merupakan satu sistem kalendar yang diciptakan oleh rakyat China pada zaman purba berdasarkan perubahan iklim, sukatan hujan dan pelbagai fenomena alam yang lain.

Kalendar "24 Musim" China yang bersejarah lebih 2000 tahun merupakan hasil kajian rakyat China setelah menjalankan cerapan cakerawala dan membuat pemerhatian yang teliti dalam bidang meteorologi dan juga warisan budaya yang unik. Kalendar tersebut dapat menjangkakan perubahan suhu udara, penurunan hujan serta cuaca dan telah menjadi alat yang sangat berguna bagi kaum tani kerana daripada kalendar itu, mereka boleh mengetahui masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman dan penuaian.

Kalendar "24 musim" merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar. Hari pertama setiap penggal telah diberi nama seperti "permulaan musim bunga", "hujan" dan "serangga terjaga".

Hari "Ekuinoks Musim Luruh" biasanya jatuh pada 23 hb atau 24 hb September setiap tahun. "Ekuinoks Musim Luruh" bagi tahun ini telah jatuh pada 23 hb September lalu.

Menurut sistem kalender kuno China, hari "Ekuinoks Musim Luruh" berada pada tengah-tengah musim luruh yang selama 90 hari. Maka, "Ekuinoks Musim Luruh" juga bermaksud membahagikan musim luruh kepada dua jangka masa iaitu setengah pertama dan setengah kedua.

Ekuinoks merupakan keadaan iaitu matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dan merupakan fenomena yang berlaku dua kali setiap tahun disebabkan bumi berputar mengelilingi matahari pada sudut 23.50 dan seterusnya mengakibatkan empat musim.

Kalendar 24 Musim: Ekuinoks Musim Luruh

Fenomena berkenaan berlaku pada 20 atau 21 Mac di seluruh kawasan khatulistiwa pada pertengahan musim bunga dan 22 atau 23 September iaitu pada pertengahan musim luruh setiap tahun.

Ketika itu matahari akan berada betul-betul di garisan khatulistiwa dan menyebabkan matahari berada pada sudut tepat 90, terutamanya pada waktu tengah hari.

China berada di hemisfera utara, setelah berlalunya hari "Ekuinoks Musim Luruh", kedudukan matahari yang tegak dan selari dengan bumi akan beralih ke hemisfera selatan, maka waktu siang di China akan beransur-ansur menjadi pendek dan waktu malam akan menjadi lebih panjang. Sehubungan dengan itu, sinaran matahari yang diserap di kebanyakan kawasan di China akan berkurang dan menyebabkan suhu udara menurun dengan pesat. Pada musim luruh, cuaca akan menjadi semakin hari semakin sejuk, terutamanya selepas hujan.

Kalendar 24 Musim: Ekuinoks Musim Luruh

Di bahagian timur laut China, setelah hari "Ekuinoks Musim Luruh" berlalu, fenomena permukaan bumi diliputi dengan fros juga mungkin berlaku.

Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan kawasan di China, cuaca pada musim luruh merupakan cuaca yang paling baik dalam sepanjang tahun. Jika saudara datang ke China pada musim luruh, anda akan dapati bahawa cuaca di sini dalam tempoh itu bagus sekali, tidak banyak hujan, tiupan angin tidak kencang, udaranya nyaman dan langitnya cerah. Maka, musim luruh juga merupakan musim yang paling sesuai untuk melancong di China.

Oleh sebab suhu setelah hari "Ekuinoks Musim Luruh" akan menurun dengan cepat, jadi kaum tani di China akan menjadi sangat sibuk pada ketika itu.

Di kawasan utara China, jagung, ubi kentang dan kapas akan sampai masanya untuk dituai. Sementara itu, kerja persiapan untuk penanaman gandum musim sejuk juga sedang dilakukan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin