Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Kalendar 24 Musim: Serangga Terjaga

2015-05-12 15:21:17

Pada hari "Serangga Terjaga", penduduk di selatan China seperti Guangdong mempunyai tradisi iaitu "menyembah harimau putih". Kononnya, harimau putih ialah salah satu hantu yang sangat jahat. Binatang itu akan keluar pada hari tersebut untuk mencari makanan. Dalam masyarakat pertanian pada zaman purba, kejadian harimau memusnahkan tanaman dan membunuh masunia sering berlaku. Orang ramai menyembah harimau putih pada hari itu adalah untuk mendoakan kesejahteraan.

Kalendar 24 Musim: Serangga Terjaga

Masyarakat orang Cina yang berasal dari Guangdong China mempunyai tradisi misalnya mengadakan aktiviti "memukul orang keji" pada hari "Serangga Terjaga". Orang ramai akan pergi ke kuil dan memukul patung "orang keji" yang diperbuat daripada kertas dengan tapak kasut. Mereka percaya bahawa sempena ketibaan hari "Serangga Terjaga", selain serangga perosak di ladang pertanian yang kembali aktif, orang keji juga turut kembali aktif. Dengan menyertai aktiviti "memukul orang keji", kerja yang diusahakan oleh mereka akan berjalan dengan lancar serta hubungan sesama manusia juga akan menjadi harmoni sepanjang tahun.

Aktiviti tersebut jelas memperlihatkan bahawa orang China mempunyai hasrat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin