Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Pesta Songkran, Sambutan Tahun Baharu di Xishuangbanna

2014-11-15 15:19:53

Pesta Songkran, Sambutan Tahun Baharu di Xishuangbanna

Asal usul Pesta Songkran, ada kaitan dengan legenda yang popular dalam kalangan etnik Dai. Kononnya, pada masa dahulu terdapat syaitan yang sangat kejam tinggal di Xishuangbanna yang indah dan subur itu. Syaitan ini telah menculik tujuh orang gadis yang cantik untuk dijadikan isterinya. Gadis-gadis yang memendam rasa benci terhadap syaitan itu bersama-sama memikirkan cara untuk membunuh syaitan tersebut. Pada suatu malam, isteri yang paling muda bernama Nong Xiang menyediakan makanan yang paling sedap dan arak, dan terus-menerus mengisi cawan syaitan sehingga akhirnya syaitan mabuk dan mendedahkan kelemahannya yang membawa padah. Syaitan yang tidak mengenal gentar itu rupa-rupanya sangat takut jika lehernya dibelit dengan rambutnya sendiri. Gadis yang pintar itu mencabut sehelai rambut merah dari kepala syaitan dengan berhati-hati dan segera membelit leher syaitan itu dengan sekuat-kuatnya. Memang betul kepala syaitan terpenggal dan terjatuh lalu berubah menjadi sebiji bola api. Ke mana sahaja bola api itu bergolek, api iblis merebak lalu menyebabkan rumah-rumah buluh terbakar dan tanaman turut musnah. Untuk memadamkan api iblis, Nong Xiang menyambar kepala syaitan itu, sementara enam orang isteri yang lain terus-menerus menyimbah air ke atasnya dan akhirnya berjaya memadamkan api iblis pada bulan keenam dalam kalendar etnik Dai. Akhirnya penduduk Dai mula menikmati kehidupan yang aman dan bahagia. Sejak itu menyimbah air menjadi satu tradisi dalam sambutan tahun baharu masyarakat tempatan. Sekarang, tradisi itu sudah menjadi satu bentuk acara untuk sama-sama memohon restu.

Pesta Songkran, Sambutan Tahun Baharu di Xishuangbanna

Mencurahkan” Restu Anda

Pada bulan April ketika bahagian utara China masih dingin, daerah Xishuangbanna, Lincang dan Dehong di provinsi Yunnan sudah mendapat “bayang-bayang” musim panas dan di mana-mana saja bunga-bungaan yang memekar indah dan semerbak mewangi, mewarnai dan mengharumi suasana. Pesta Songkran yang membuatkan ramai orang begitu teruja itu, justeru jatuh pada musim yang panas dan mempesonakan ini.

Bagi penduduk etnik Dai yang tinggal di tebing Sungai Lancang dan Ruili, Pesta Songkran merupakan satu perayaan tradisional untuk bersuka ria dan bergembira serta disambut dengan penuh kemeriahan. Pada hari perayaan ini, penduduk tempatan, tidak kira jantina, tua atau muda, semuanya akan memakai pakaian yang cantik untuk menyertai upacara memandikan patung Buddha dan diikuti acara menyimbah air untuk saling mendoakan kebahagiaan.

Acara menyimbah air terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Wen Po (menyimbah air dengan lemah lembut atau dengan cara yang sopan) dan Wu Po (menyimbah air dengan agresif). Wen Po merujuk kepada cara  merenjiskan air suci dengan menggunakan daun puding atau pencedok. Dengan iringan rentak muzik etnik Dai yang merdu, beribu-ribu orang menari-nari sambil menjerit “Air! Air! Air!”. Apabila ditambah pula dengan bunyi pukulan dram dan gong yang bergema, suasananya sungguh mengagumkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin