Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Pesta Laba

2014-11-15 11:27:34

Sempena Pesta Laba yang jatuh pada 8 haribulan 12 menurut kalendar Cina, masyarakat tempatan mempunyai tradisi makan bubur Laba. Tradisi ini sudah bersejarah ribuan tahun.

Kata La daripada kata Laba adalah sebutan sejenis upacara korban pada zaman purba China. Pada zaman Dinasti Xia, la itu dikenali sebagai Qingsi, manakala pada zaman Dinasti Shang ia dikenali dengan panggilan Jiaping, kemudian pada zaman Dinasti Zhou digantikan pula dengan sebutan la.

Kata la berasal daripada kata lie yang maksudnya berburu. Menjelang penghujung tahun, selepas selesai kerja penuaian dan aktiviti pertanian yang lain, para petani akan berburu untuk amalan korban kepada arwah leluhur dan dewa-dewi dengan hasil buruan mereka (yang disebut sebagai "laji")  bagi memohon keselamatan dan menghindarkan bencana.

Pada zaman Dinasti Utara dan Selatan (tahun 420-589 Masihi), 8 haribulan 12 secara rasmi ditetapkan sebagai Pesta Laba. Pada hari itu, orang ramai menyiapkan hidangan sebagai korban untuk dipersembahkan kepada nenek moyang dan dewa-dewi agar mendapat hasil tuaian yang melimpah ruah dan  keselamatan.

Kononnya, Buddha Sakyamuni jugs mencapai tahap penyedaran rohani yang tertinggi justeru pada tanggal 8 haribulan 12. Jadi, hari itu turut merupakan perayaan penting bagi penganut agama Buddha dan dikenali sebagai "Hari Buddha Mencapai Penyedaran Rohani".

Sempena Pesta Laba, masyarakat di seluruh China mempunyai tradisi makan bubur Laba. Menurut catatan sejarah, tradisi itu diamalkan bermula pada zaman Dinasti Song. Pada hari itu, setiap orang, miskin atau kaya, pasti makan bubur Laba.

Bubur ini pada asalnya dibuat dengan merebus kacang merah kecil, namun kemudian cara menyediakan makanan ini semakin berkembang dan berasimilasi dengan tradisi pelbagai tempat. Bubur Laba dimasak dengan menggunakan lapan jenis bijirin dan buah-buahan yang segar. Biasanya bubur ini manis. Namun, petani-petani di kawasan tengah China suka makan bubur Laba yang masin. Bahan-bahan untuk membuat bubur ini bukan sahaja terdiri daripada beras, bijirin milet, kacang hijau, kacang panjang, kacang tanah dan jujub atau dikenali juga sebagai kurma merah dan kurma Cina, tetapi juga lobak, kubis, rumpai laut, tauhu dan sebagainya.


Pesta Laba boleh dikatakan sebagai permulaan Tahun Baharu China. Ada ungkapan tradisional yang berbunyi, "Anak-anak jangan rakus, selepas Laba datanglah Tahun Baharu" atau "Setelah makan Laba, kesibukan Tahun Baharu bakal menyusul ". Ketibaan Pesta Laba menandakan Tahun Baharu Cina akan menjelang tiba. Jadi, mulai saat itu, orang Cina akan membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin