Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Yang Manakah Haiwan Zodiak Anda?

2014-11-15 11:08:58

Yang Manakah Haiwan Zodiak Anda?

Adakah saudara pernah mendengar kisah tentang 12 haiwan yang menjadi lambang tahun kelahiran menurut kalendar Cina? 12 haiwan tersebut juga dikenali sebagai zodiak Cina. Dalam bidang astrologi Cina, terdapat 12 zodiak Cina berdasarkan kitaran 12 tahun, yang terdiri daripada 12 haiwan yang melambangkan dua belas personaliti berbeza. Secara tradisi, giliran tahun zodiak ini bermula dengan Tikus. Terdapat banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menjadi teraju zodiak.

Berikut ialah 12 haiwan dalam zodiak Cina mengikut urutan yang betul: tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kKuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi. Oleh sebab 12 haiwan tersebut melambangkan 12 zodiak, urutannya tidak boleh diubah. 12 tahun merupakan satu pusingan. Contohnya, jika seseorang disebut “shu niu (lembu)”, ini bermakna dia dilahirkan pada tahun lembu. Oleh sebab itu, 12 haiwan itu juga dipanggil “Shuxiang” dalam bahasa Mandarin.

Terdapat pelbagai kisah tentang 12 buruj dalam kebudayaan Barat, maka, begitu juga terdapat banyak legenda yang menarik tentang 12 haiwan yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar Cina. Dalam legenda zaman purba China, Maharaja Yu Huang Da Di (atau Maharaja Jed) merupakan maharaja di langit. Pada suatu hari, baginda bertitah supaya segala haiwan berkumpul. "Beta akan memilih 12 daripada kamu semua untuk dilantik sebagai lambang tahun kelahiran di bumi. 12 haiwan yang terpilih ini akan mendapat gelaran kehormat sebagai Shi Er Sheng Xiao”. Maharaja Yu Huang Da Di berjanji akan mengadakan sayembara antara haiwan pada tahun yang berikutnya untuk memilih 12 haiwan berkenaan. 12 haiwan yang berjaya menyeberang sungai akan dipilih sebagai 12 jenis haiwan yang menjadi lambang tahun kelahiran menurut kalendar Cina secara bergilir.

Sang tikus ditugaskan menjemput semua haiwan menghadap Yu Huang Da Di untuk satu jamuan dan juga pemilihan haiwan zodiak. Pada asalnya sang kucing dan sang tikus berkawan baik, tetapi sang tikus memperdaya sang kucing dengan berkata bahawa jamuan diadakan pada hari berikutnya. Sang kucing yang terus tidur kerana menyangka jamuan itu diadakan sehari kemudian terlepas majlis jamuan itu. Setelah menyedari cerita sebenar, sang kucing bersumpah untuk menjadi musuh tradisi tikus selama-lamanya.

Sewaktu pertandingan itu bermula, segala haiwan berebut-rebut berlari ke arah sungai. Lembu adalah haiwan yang paling pandai berenang. Tikus yang pintar mendapat satu akal. Dengan tiba-tiba tikus melompat ke atas belakang lembu itu supaya dapat menyeberang sungai dengan mudah. Lembu yang pertama berjaya sampai ke seberang sungai, namun tikus yang berada di atas belakang lembu terus melompat ke hadapan dan menduduki tempat pertama. Akhirnya lembu mendapat tempat kedua, diikuti haiwan lain yang berjaya menyeberang sungai. Maharaja Yu Huang Da Di bertitah, "Baiklah, 12 haiwan yang berjaya menyeberang sungai terlebih dahulu dilantik sebagai lambang tahun kelahiran secara bergilir. Nama mereka digunakan sebagai nama tahun itu. Sejak itu, 12 haiwan tersebut menjadi Shi Er Sheng Xiao yang bermaksuk 12 haiwan lambang tahun menurut kalendar Cina.

Mengikut Shi Er Sheng Xiao, tahun ini (2014) tahun kuda, jadi kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun ini akan dipanggil Shu Ma, yang bermaksud dilahirkan pada tahun kuda mengikut kalendar Cina.


Syarikat Antarabangsa Cubix Berhad Singapura telah menerbitkan sebuah filem kartun 3D tentang legenda 12 haiwan yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar Cina yang pertama di dunia. Proses membuat filem tersebut memakan masa dua tahun. Filem berbahasa Inggeris berdasarkan kisah yang diceritakan tadi ini diberi judul "Zodiac, The Race Begins". Filem ini telah ditayangkan semasa sambutan Tahun Baharu Cina tahun 2006 lalu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin