Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Legenda Naga Cina dan Sembilan Anaknya

2014-11-14 15:03:41

Legenda Naga Cina dan Sembilan Anaknya

Menurut legenda dalam masyarakat Cina, naga adalah haiwan yang ajaib. Badan naga menggabungkan lebih sembilan jenis haiwan, antaranya badan ular, tanduk rusa, hidung lembu, sisik buaya, mulut singa, mata harimau, kuku burung helang, kepala kuda, dan ekor ikan.

Pada zaman kuno, naga dianggap sebagai simbol maharaja dan kuasa yang tertinggi. Badan maharaja dipanggil "badan naga", muka maharaja adalah "wajah naga", baju yang dipakai maharaja pula disebut "jubah naga", kerusi yang diduduki maharaja disebut "kerusi naga", malah katil maharaja juga dikata "katil naga".

Pada zaman ini, naga menjadi simbol Cina, bangsa Cina bahkan simbol budaya Cina. Oleh itulah, warga China menyebut diri sendiri mereka sebagai "keturunan naga".

Walaupun naga adalah haiwan khayalan, namun naga Cina berbeza dengan naga dalam budaya Barat. Naga atau dragon dalam bahasa Inggeris ialah sejenis dinasour yang bersayap, bertampang ganas, boleh terbang dan menyemburkan api. Ia merupakan simbol kejahatan dan kekejaman. Namun, naga Cina merupakan simbol bagi maharaja dan menandakan kesejahteraan. Untuk membezakan kedua-dua naga tersebut, ada sarjana yang mencadangkan naga Cina diterjemah sebagai long dalam bahasa Inggeris yang bunyinya mirip dengan kata naga (long) dalam bahasa Mandarin. Namun perkara ini masih belum mendapat pengiktirafan umum.

Ada beberapa pendapat mengenai asal usul naga Cina, antaranya berkaitan dengan ular, buaya, dinasour dan sebagainya. Namun, pendapat yang percaya bahawa naga Cina berkaitan dengan ular paling popular. Menurut buku klasik Penjelasan Perkataan, tulisan Xu Shen, sarjana sastera yang terkenal di China pada zaman Dinasti Han, naga merupakan ketua kepada binatang yang bersisik. Sarjana terkenal China, Wen Yiduo pula berpendapat apa yang disebut naga sebenarnya ialah sejenis ular raksasa yang dinamakan naga. Kemudian ada puak yang menyembah naga ini sebagai simbol animisme dan menggabungkan kelebihan beberapa jenis binatang yang disebut tadi. Akhirnya ia menjadi naga yang kita kenali sekarang ini.

Selain naga, di China juga terdapat banyak legenda mengenai anak naga yang beraneka ragam. Menurut legenda China, Raja Naga mempunyai sembilan anak, tetapi anak-anak naga ini bukannya berbadan naga. Terdapat pelbagai cerita mengenai legenda itu, tetapi versi berikut adalah yang paling popular.

Kononnya, Raja Naga menghantar sembilan anak lelakinya untuk membantu Zhu Yuanzhang menggulingkan pemerintahan Yuan dan menubuhkan Dinasti Ming, serta  membantu putera keempat baginda, Zhu Di menjadi maharaja. Namun, ketika anak-anak raja naga bersedia untuk berangkat kembali ke istana di langit, Maharaja Zhu Di enggan melepaskan anak-anak naga itu pergi supaya dapat terus membantu baginda. Maka maharaja itu menggunakan muslihat sehingga sembilan anak raja naga itu terpaksa tinggal di dunia manusia. Walau bagaimanapun, anak-anak naga tersebut enggan menunjukkan wajah sebenar dan terus menjadi arca sahaja.

Sembilan anak raja naga


Legenda Naga Cina dan Sembilan Anaknya

Qiu Niu merupakan anak sulung raja naga. Wataknya lemah-lembut, dan suka akan muzik. Qiu Niu selalu merunduk di atas Huqin, sejenis alat muzik tradisional Cina untuk mendengar muzik yang merdu. Oleh itulah, Qiu Niu menjadi hiasan bahagian kepala Huqin.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin