Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Budaya Tradisi > Kandungan

Pesta Perahu Naga

2014-11-14 14:52:52

Pesta Perahu Naga

Pesta Perahu Naga yang juga dikenali sebagai Hari Ketupat atau Duan Wu Jie merupakan perayaan tradisional Cina yang disambut pada hari kelima bulan kelima mengikut kalendar Cina. Terdapat beberapa legenda tentang asal usul Pesta Perahu Naga ini, namun kisah yang paling popular ialah tentang Qu Yuan, seorang keturunan bangsawan pada Zaman Negeri-Negeri Berperang (403-221 sebelum Masihi).

Pada zaman itu, China terdiri daripada tujuh negeri yang saling berperang, termasuk negeri Qi, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qin.  negeri Qin yang paling kuat dan agresif, selalu melancarkan serangan terhadap enam negeri yang lain. Qu Yuan ialah seorang menteri kanan negeri Chu yang mempunyai banyak kemahiran seperti menulis dan menyusun strategi dan taktik peperangan. Beliau yang begitu mencintai negerinya sentiasa berusaha agar dapat mempertahankan negeri Chu daripada serangan negeri Qin. Qu Yuan menyarankan raja negeri Chu, Raja Chu Huai bergabung dengan negeri Qi untuk melawan negeri Qin. Tetapi menteri-menteri lain yang iri hati dan ingin menyingkirkan Qu Yuan selalu memfitnah beliau hingga menyebabkan Qu Yuan dibuang negeri.

Walaupun hidup dalam buangan, beliau tetap setia pada negeri Chu. Qu Yuan menasihati Raja Chu supaya tidak menerima undangan raja Qin itu, namun tidak dihiraukan oleh Raja Chu Huai. Akibatnya baginda ditangkap, serta dipenjarakan dan akhirnya mangkat di negeri Qin.

Putera sulung baginda, Putera Qin Xiang naik takhta, manakala  Putera Zi Lian menjadi bendahara. Qu Yuan sekali lagi menjadi korban komplot penentangnya. Qu Yuan sekali lagi diusir dari negerinya. Beliau banyak menulis puisi untuk menyatakan perhatian dan kekhuatirannya terhadap negeri dan rakyat.

Pada tahun 278 sebelum Masihi, tentera Qin berjaya menduduki Ying, ibu kota negeri Chu. Melihat negerinya di ambang kehancuran, Qu Yuan kesal kerana tidak mampu menyelamatkan negeri Chu. Akhirnya, pada hari kelima bulan kelima, dengan rasa kecewa dan putus asa beliau terjun ke dalam Sungai Miluo.

Rakyat Chu yang amat sedih cuba mencari mayat Qu Yuan. Setelah berhari-hari berlalu mayatnya masih belum ditemui. Mereka memukul gendang dan melemparkan ketupat ke dalam sungai agar ikan dan udang tidak mengganggu mayat Qu Yuan. Untuk menghindari ketupat dimakan oleh haiwan dalam sungai, mereka membungkusnya dengan daun buluh. Cerita inilah menjadi asal-usul pesta perlumbaan perahu naga pada Perayaan Duan Wu Jie.


Pesta Perahu Naga

Ketupat

Ketupat merupakan juadah tradisional China yang mesti dimakan sempena Pesta Perahu Naga. Ketupat diperbuat daripada beras pulut, dibungkus dengan daun buluh atau mensiang, dan direbus sehingga masak. Apa kata kita belajar membuat ketupat ini.

Bahan: beras pulut (1 kg), pes kacang merah (secukupnya), jujub manis (secukupnya), daun buluh atau mensiang (50 helai), dan tali kapas.

Cara memasak:

1.    Cuci beras pulut dan rendam semalaman.

2.    Daun buluh dicuci, dan dicelup dalam air panas.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin