Lokasi Anda: Kebudayaan > Opera

Opera

Mekap Muka Opera Shaanxi

Mekap Muka Opera Shaanxi

2015-06-02 11:42September 17 2019 00:35:47

Mekap muka opera Shaanxi mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Muka merah merujuk kepada watak yang taat setia, muka hitam merujuk kepada watak yang suka berterus-terang, muka merah muda merujuk kepada watak yang licik, muka berwarna keemasan pula merujuk kepada dewa-dewi.

Opera Yue

Opera Yue

2015-06-02 11:33September 17 2019 00:35:47

Opera Yue yang sudah bersejarah kira-kira 80 tahun ini, berasal dari kawasan desa di Provinsi Zhejiang, bahagian selatan China. Persembahan Opera Yue penuh dengan penyampaian perasaan, terutamanya menggambarkan episod cinta yang penuh berliku antara pemuda yang berbakat dan gadis yang jelita.

Opera Sichuan dan Penukaran Maska

Opera Sichuan dan Penukaran Maska

2015-06-02 11:29September 17 2019 00:35:47

Opera Sichuan, dengan nyanyian yang menarik, seni kata yang lucu, dan pergerakan yang cantik, mempunyai sejarah beratus-ratus tahun dan amat diminati oleh orang tempatan. Encik Lan Jiafu ialah seorang artis Opera Sichuan. Beliau telah menceburkan diri dalam opera ini sejak lebih 30 tahun yang lalu. Menurutnya, Opera Kunqu, sejenis opera yang terkenal di China, yang disebarkan ke Sichuan dari tempat lain telah berintegrasi dengan Opera Lampu tempatan, dan lama-kelamaan menjadi Opera Sichuan. Inilah asal usul opera ini. Kata beliau:

Opera Tempatan Provinsi Jilin: Errenzhuan

Opera Tempatan Provinsi Jilin: Errenzhuan

2014-11-14 14:34September 17 2019 00:35:47

Errenzhuan, atau "Pertunjukan Dua Orang" dalam bahasa Melayu, merupakan sejenis seni opera rakyat yang bercorak seloka, yang sudah berakar umbi dalam jiwa kaum tani di bahagian timur laut China. Walaupun namanya "Pertunjukan Dua Orang", namun, sebenarnya, persembahannya tidak terhad dua orang sahaja. Bentuk persembahannya agak banyak, tetapi, secara umumnya ia terbahagi kepada empat jenis.

Opera Tempatan Provinsi Jilin: Xinchengxi

Opera Tempatan Provinsi Jilin: Xinchengxi

2014-11-14 14:32September 17 2019 00:35:47

Xinchengxi ini dikatakan dicipta pada tahun 1950-an hingga 1960-an, berasaskan opera Bajiaogu, sejenis seni rakyat dalam masyarakat etnik Manchu di kaunti Fuyu, provinsi Jinlin yang dipersembahkan dengan diiringi dram berbentuk segi lapan. Opera ini mendapat nama yang sedemikian kerana kaunti Fuyu itu pernah berada di bawah pentadbiran provinsi Xincheng pada zaman Dinasti Qing (tahun 1644- 1991 Masihi).

Opera Tempatan Provinsi Heilongjiang: Longjiangju

Opera Tempatan Provinsi Heilongjiang: Longjiangju

2014-11-14 14:27September 17 2019 00:35:47

Longjiangju, sejenis opera tempatan di provinsi Heilongjiang ini, dikatakan terbentuk pada tahun 1960, berasaskan seni Errenzhuan (sejenis seni rakyat dari bahagian timur laut China yang bercorak seloka), dengan menyerap seni rap serta tarian dan lagu rakyat tempatan. Ia merupakan salah satu opera yang paling "muda" di China.

Opera Tempatan Bandar Tianjin: Pingju

Opera Tempatan Bandar Tianjin: Pingju

2014-11-14 14:25September 17 2019 00:35:47

Opera Pingju mula muncul pada tahun 1910. Dalam proses perkembangannya, ia telah menyerap unsur seni Errenzhuan Timur Laut, iaitu sejenis seni rakyat di bahagian timur laut China yang bercorak duet, serta seni persembahan Opera Peking, wayang kulit dan opera drum, lalu membentuk keistimewaannya yang tersendiri.

Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Qinqiang

Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Qinqiang

2014-11-14 14:22September 17 2019 00:35:47

Opera Qinqiang ini mula-mula muncul di provinsi Shaanxi, Gansu, Qinghai dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia serta Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, di sebelah barat laut China. Ia telah diperkenalkan ke bahagian tengah, timur dan selatan China oleh peniaga Shaanxi pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, dan menjadi sejenis opera yang disukai ramai dalam kalangan rakyat China.

Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Wanwanqiang

Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Wanwanqiang

2014-11-14 14:20September 17 2019 00:35:47

Wanwanqiang, sejenis opera tempatan di bahagian timur provinsi Shaanxi ini, dikatakan terbentuk pada zaman Maharaja Qianlong Dinasti Qing (1736-1795). Opera ini mendapat nama yang sedemikian kerana ia dipersembahkan oleh beberapa orang pelakon yang menyanyi dan berdialog sambil memukul mangkuk tembaga yang kecil.

Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Errentai

Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Errentai

2014-11-14 14:19September 17 2019 00:35:47

Errentai yang mempunyai sejarah lebih 100 tahun ini, ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di bahagian barat Mongolia Dalam serta beberapa kawasan di provinsi Hebei, Shanxi dan Shaanxi. Dalam proses perkembangannya, Errentai di keempat-empat kawasan tersebut sudah mewujudkan gaya seni masing-masing yang tersendiri.

< 1 2 3

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin