Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Opera > Kandungan

Opera Huangmei yang Mengusik Jiwa

2014-11-02 13:57:14

Opera Huangmei yang Mengusik Jiwa

Anda tidak perlu pandai menyanyi untuk jatuh cinta kepada opera Huangmei. Sama ada mendengar atau menyanyi, apabila malam melabuhkan tirai, selepas mandi, tenangkanlah hati, lalu nyalakan sebatang lilin, biarkan cahaya suram sedikit hingga hanya dapat nampak garisan kontur muka dua orang protagonis dan lengan baju panjang yang melambai-lambai.

Opera Huangmei memerlukan suasana sebegini. Membolehkan orang merenung dan mendengar, umpama mata air yang jernih menusuk masuk ke dalam hati, melewati kenangan dan hakikat masa dan ruang, menimbulkan nostalgia yang berpanjangan. Ia umpama teratai yang bergoyang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, dan kudup bunga plum yang sedang memekar, menyerlahkan pesona budaya kota purba dan mengusik jiwa. Tidak bising seperti opera Peking, juga tidak seperti opera Yue dan Kunqu yang bebas sifat duniawi. Opera Huangmei tampak amat semula jadi, dan juga penuh dengan sifat-sifat duniawi, seperti dewi-dewi dalam cerita “Tian Xian Pei” (Perkahwinan Puteri Pari-Pari) dan “Niulang dan Zhinu” (Kisah Percintaan Seorang Dewi dan Niulang) yang suka akan hidup keduniaan. Walaupun dihalang oleh Bonda Ratu Barat, Hsi Wang Mu, baginda tetap memberikan peluang kepada mereka untuk bertemu. Hsi Wang Mu juga mesti tahu akan lumrah alam. Mungkin baginda juga iri hati dengan percintaan Zhinu, cuma tidak mampu buat apa-apa kerana kedudukannya sendiri.

Opera Huangmei yang Mengusik Jiwa

Opera Huangmei paling sesuai untuk dipentaskan di luar, bukannya di panggung. Pasang sebuah pentas dengan beberapa keping kayu, malah tirai pun tidak diperlukan, naik pentas dan terus menyanyi, memberikan pengalaman yang sejati, tenang dan semula jadi.

Penonton juga tidak semestinya profesional. Jika lapang, bawa kerusi ke lokasi persembahan, nikmati opera Huangmei sambil makan, atau duduk di depan TV saja, ikut menyanyi dua tiga baris apabila rasa gembira. Walau bagaimanapun letihnya, semangat anda akan terangsang mendengar nyanyian yang begitu lunak.

Opera Huangmei mengisahkan cerita yang penuh perasaan. “Silang Ziarahi Ibunya” menceritakan tentang ketaatan terhadap ibu bapa, manakala “Tian Xian Pei” berkisar tentang percintaan antara dewi dengan orang biasa. Para penonton bimbang akan nasib protagonis, kadang kala bersorak riang, kadang kala menitiskan air mata, malah kadang kala tertawa terbahak-bahak. Mereka sudah sebati benar dengan opera ini.

Opera Huangmei mempunyai melodi yang indah. Riang dan rancak, umpama budak yang nakal; lemah lembut, umpama gadis yang sedang meningkat dewasa. Lama-kelamaan baru saya mengetahui bahawa opera Huangmei adalah opera tempatan utama di provinsi Anhui, bahagian tengah China. Hampir setiap tempat mempunyai opera tempatan sendiri, misalnya opera Yangju in Yangzhou, opera Xiju di Wuxi dan opera Kunqu di Suzhou.

Opera Huangmei yang Mengusik Jiwa

Cuma melodi mereka berbeza. Kononnya opera Huangmei berasal daripada lagu yang dinyanyikan semasa memetik daun teh. Inilah sebabnya opera ini digemari ramai. Melalui gabungan usaha beberapa generasi seniman, opera ini semakin matang. Para seniman juga akan mengubah suai skrip berdasarkan reaksi penonton untuk menjadikannya lebih menarik. Yan Fengying, Wu Qiong, Ma Lan dan Han Zaifen, antara seniman yang membuat sumbangan paling besar dalam perkembangan opera Huangmei moden. Dalam proses persembahan, pelakon melakukan gerak-geri yang banyak. Sesekali tersenyum malu, sesekali terbahakbahak, sesekali tersedu-sedan, atau menangis meraungraung, semuanya mengikut plot cerita. Opera Huangmei

mempunyai alunan melodi yang cukup indah. Ditambah pula dengan diksi yang ringkas lagi padat, serta nyanyian yang merdu, menjadikan opera ini lebih menarik.

Jika mahu menonton opera Huangmei yang paling tulen, anda boleh pergi ke Anqing, provinsi Anhui, tempat asal opera tersebut. Opera yang penuh dengan ciri-ciri kekampungan ini begitu digemari ramai, lebih-lebih lagi pada masa kini apabila kehalusan dalam jiwa kita semakin dihakis berikutan proses pembandaran. Bandar raya yang penuh dengan persaingan, mustahil ditemui ketenangan kawasan desa. Jika lapang, tontonlah opera Huangmei, pasti anda akan menikmati ketenangan jiwa.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin