Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Opera > Kandungan

Penukaran Maska Opera Sichuan

2014-11-02 13:16:59

Penukaran Maska Opera Sichuan

Antara semua cara berlakon Opera Sichuan ini, penukaran maska merupakan bahagian yang paling unik, malah ia telah menjadi lambang opera ini. Pelakon opera ini boleh menukar maskanya dengan pergerakan yang sangat cepat, yakni dalam masa sekelip mata sahaja, seperti ketika dia menutup muka dengan lengan atau ketika kepalanya bergoncang. Cara berlakon ini amat mengagumkan. 

Tiga cara untuk menukar maska ini adalah dengan menggosok muka, meniup muka dan menarik muka.

Menggosok muka bermaksud menyapu pewarna pada bahagian tertentu di muka. Apabila bahagian tersebut digosok dengan tangan, warna yang disapu akan menukar warna muka menjadi warna yang lain. Meniup muka pula bermaksud meletakkan tepung pewarna seperti tepung berwarna emas, tepung hitam dan lain-lain di suatu tempat di atas pentas, dan apabila pelakon melakukan gerakan hampir dengan kotak tepung itu, dia akan meniup tepung itu. Warna mukanya akan bertukar mengikut warna tepung yang dituipnya itu. Sekarang, cara melakukan penukaran maska yang paling banyak digunakan di atas pentas ialah menarik muka.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin