Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Alat Muzik Klasik > Kandungan

Xiao

2014-11-15 12:53:04

Xiao

Xiao, yang juga dikenali sebagai "Dongxiao" ini, merupakan sejenis alat muzik tiupan tradisional China yang dicipta berasaskan Paixiao, yang digelar "Xiao" pada ketika itu. Dalam proses meniup alat muzik itu, pemain mendapati bahawa jika dibuka beberapa lubang yang jaraknya tidak sama pada sebatang paip, bunyi yang amat merdu dengan irama yang berbeza-beza juga dapat dihasilkan. Melalui evolusi, Xiao telah berubah daripada Paixiao yang terdiri daripada beberapa batang paip, menjadi Dongxiao yang terdiri daripada sebatang paip dengan beberapa lubang yang dibuka.

Struktur Xiao agak ringkas. Bentuknya mirip seruling, tetapi bahagian badannya lebih panjang berbanding dengan alat muzik itu. Ia diperbuat daripada buluh. Terdapat 5 buah lubang pada bahagian paipnya, dan sebuah lubang lagi pada atas bahagian belakangnya. Selain itu, 3 hingga 4 buah lubang dibuka pada bawah bahagian belakangnya, untuk membesarkan dan memerdukan bunyinya.

Bunyi yang dikeluarkan oleh alat muzik ini agak merdu dan unik. Ia sesuai untuk menghasilkan irama yang halus dan tenang, untuk meluahkan perasaan pemainnya. 

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin