Lokasi Anda: Kebudayaan > Cerita Purba

Cerita Purba

Ye Gong Hao Long

Ye Gong Hao Long

2015-01-12 14:04May 31 2020 13:05:45

Pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi, di negeri Chu, ada seorang bangsawan bernama Shen Chuliang yang telah dianugerahi gelaran "Ye Gong" atau "Tuan Ye" oleh maharaja. Dia dikatakan sangat gemar akan naga, sehingga seluruh rumahnya, baik dinding, loteng, alang dan tiang mahupun pintu dan jendela, semua dihiasinya dengan ukiran atau gambar naga.

Lao Ma Shi Tu

Lao Ma Shi Tu

2015-01-12 14:00May 31 2020 13:05:45

Pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi, atas permintaan negeri Yan, raja negeri Qi, iaitu Raja Qihuangong telah mengetuai tenteranya untuk menyerang negeri Guzhu, sebuah negeri kecil yang kini terletak di provinsi Hebei di bahagian utara China. Semasa mereka berangkat, musim bunga baru bermula. Bagaimanapun, ketika mereka menewaskan negeri tersebut, dan hendak pulang ke kampung halaman, musim sejuk pun sudah tiba.

Chen Yu Luo Yan

Chen Yu Luo Yan

2015-01-12 13:56May 31 2020 13:05:45

Xi Shi hidup di negeri Yue pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi. Kononnya, pada suatu hari, beliau bersama-sama dengan beberapa orang kawannya, pergi mencuci sapu tangan di tebing sebatang anak sungai. Ikan dalam sungai itu terlihat wajah Xi Shi. Kesemuanya terpesona dengan kecantikannya, sehingga lupa untuk berenang, lalu tenggelam ke dasar sungai.

Bu He Shi Yi

Bu He Shi Yi

2015-01-12 13:52May 31 2020 13:05:45

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-4 sebelum Masihi, ada sepasang suami isteri yang tinggal di negeri Lu. Si suami itu ialah seorang tukang kasut yang mahir, manakala isterinya pula sangat pandai menenun kain tafeta. Pada suatu hari, selepas berbincang, pasangan tersebut memutuskan untuk mencari rezeki ke negeri Yue.

Tao Yuan Jie Yi

Tao Yuan Jie Yi

2015-01-12 13:45May 31 2020 13:05:45

Pada penghujung zaman Dinasti Han Timur, iaitu tahun 25 hingga tahun 220 Masihi, situasi di seluruh negeri China sangat bergolak. Untuk mengalahkan seterunya, Maharaja pada ketika itu telah mengeluarkan pengumuman, memerintahkan supaya anggota tentera yang baru diambil daripada kalangan rakyat. Apabila pengumuman tersebut sampai ke kaunti Zhuoxian, iaitu di provinsi Hebei pada masa ini, ia telah menarik perhatian tiga orang satria yang akhirnya berjaya menubuhkan negeri Shu untuk menggantikan kerajaan Dinasti Han Timur, yang selama ini membiarkan rakyat jelatanya hidup dalam keadaan yang begitu sengsara.

Han Dan Xue Bu

Han Dan Xue Bu

2015-01-12 13:40May 31 2020 13:05:45

Pada Zaman Negara-negara Berperang (475-221 sebelum Masihi), di Shouling, Negeri Yan, ada seorang budak lelaki yang mengetahui bahawa orang Handan, ibu Negeri Zhao, berjalan dengan bergaya. Maka, dia pun pergi ke sana untuk mempelajari gaya mereka berjalan.

Dui Niu Tan Qin

Dui Niu Tan Qin

2015-01-12 13:37May 31 2020 13:05:45

Pada suatu hari, Gong Mingyi keluar untuk menziarahi salah seorang kawannya. Apabila lalu di sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit bukau yang menghijau, dengan bunga-bungaan yang harum semerbak berkembang di mana-mana, dia amat terpesona dengan keindahan pemandangan di situ. Ketika melihat ke hadapan, dia ternampak ada seekor lembu sedang meragut rumput dengan tekunnya.

Dong Shi Xiao Pin

Dong Shi Xiao Pin

2015-01-12 13:33May 31 2020 13:05:45

Pada zaman purba kala, di Negeri Yue, ada seorang wanita yang terkenal kerana kejelitaannya. Namanya ialah Xi Shi. Malangnya si cantik ini menghidap penyakit jantung sejak masih muda. Setiap kali diserang sakit jantung, dia akan mengerut dahinya dan tangannya akan mendakap dadanya dengan kuat.

Wang Mei Zhi Ke

Wang Mei Zhi Ke

2015-01-12 13:27May 31 2020 13:05:45

Pada suatu masa dalam zaman kerajaan Tiga Negeri, Raja Negeri Wei, iaitu Cao Cao telah mengetuai tenteranya menyerang Zhang Xiu. Ketika itu, hari terlalu panas. Askar Cao Cao tidak tertahan akan cahaya matahari yang terik itu, baju mereka mula basah oleh keringat yang mengalir deras, malah ada beberapa orang yang kurang kuat, pengsan di tepi jalan.

Hua Bing Chong Ji

Hua Bing Chong Ji

2015-01-12 13:24May 31 2020 13:05:45

Peribahasa "Hua Bing Chong Ji", atau melukis kuih lempeng untuk melegakan rasa lapar, membawa pengertian yang sama dengan "Wang Mei Zhi Ke". Ceritanya begini: Pada zaman kerajaan Tiga Negeri juga, iaitu pada tahun 220 Masihi hingga tahun 280 Masihi, di Negeri Wei, ada seorang pegawai kanan yang amat bijak, namanya Lu Yu.

< 1 ...6 7 8 9 10 11 12

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin