Lokasi Anda: Kebudayaan > Cerita Purba

Cerita Purba

Ban Men Nong Fu

Ban Men Nong Fu

2015-01-13 13:28November 27 2020 15:10:13

Lu Ban yang hidup pada zaman Chunqiu ini, merupakan seorang tukang kayu yang kemahirannya tiada tolok bandingnya, baik dalam bidang seni ukir mahu pun seni bina. Beliau dianggap sebagai pengasas seni tukang kayu oleh rakyat China.

Ke Zhou Qiu Jian

Ke Zhou Qiu Jian

2015-01-13 13:25November 27 2020 15:10:13

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu lebih 2000 tahun yang lalu, di Negeri Chu, ada seorang lelaki yang mahu menyeberangi sungai dengan menaiki perahu. Apabila sampai ke tengah sungai itu, tiba-tiba, pedang yang terikat pada pinggangnya terjatuh ke dalam sungai. Dia segera membuat tanda pada bahagian sisi perahu yang dinaikinya itu, sambil berkata, "Inilah tempat pedang saya terjatuh."

Shou Zhu Dai Tu

Shou Zhu Dai Tu

2015-01-13 13:22November 27 2020 15:10:13

Pada zaman Chunqiu, iaitu tahun 770 Sebelum Masihi hingga tahun 476 Sebelum Masihi, di negeri Song, ada seorang petani miskin yang suka berangan-angan pada siang hari untuk memperoleh hasil kerja dengan mudah.

Zhi Lu Wei Ma

Zhi Lu Wei Ma

2015-01-13 13:18November 27 2020 15:10:13

Pada zaman pemerintahan Maharaja Qin'ershi, iaitu maharaja kedua dan juga yang terakhir bagi Dinasti Qin, seorang pegawai kanan bernama Zhao Gao yang pernah membantu Maharaja tersebut naik takhta, mula menunjukkan hasrat untuk merampas kuasa. Bagaimanapun, dia tidak pasti bahawa dalam kerajaan itu, berapa orangkah yang mahu menjadi pengikutnya, dan berapa pula yang akan menentangnya. Maka, dia cuba memikirkan cara yang bijak untuk menguji sikap menteri-menteri yang lain terhadapnya.

Shang Xing Xia Xiao

Shang Xing Xia Xiao

2015-01-13 12:22November 27 2020 15:10:13

Pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi, terdapat seorang raja di negeri Qi yang bernama Qijinggong. Baginda selalu dukacita, kerana selepas Perdana Menterinya, Yan Ying meninggal dunia, tidak ada seorang pun yang berani menunjukkan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari, raja Qijinggong telah mengadakan jamuan besar-besaran di istana untuk meraikan pegawai-pegawainya.

Fu Jing Qing Zui

Fu Jing Qing Zui

2015-01-13 12:15November 27 2020 15:10:13

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu antara tahun 475 hingga tahun 221 Sebelum Masihi, ada dua orang pegawai kanan yang sangat terkenal di negeri Zhao. Nama mereka ialah Lian Po dan Lin Xiangru. Lian Po, seorang hulubalang yang gagah perkasa, telah dilantik menjadi jawatan menteri kanan kerana sumbangannya yang besar dalam membantu negeri Zhao memenangi sekian banyak peperangan. Lin Xiangru yang terkenal dengan kecerdasan dan keberaniannya itu pula, telah dinaikkan pangkatnya daripada menteri kanan menjadi Perdana Menteri selepas beliau berjaya membela maruah raja negeri Zhao dalam pertemuan baginda dengan raja negeri Qin. Lian Po berasa tidak senang hati kerana pangkat Lin Xiangru menjadi lebih tinggi daripadanya. Maka dia bersumpah akan mencari kesempatan untuk memalukan Lin Xiangru.

Wei Ru Lei Luan

Wei Ru Lei Luan

2015-01-13 12:13November 27 2020 15:10:13

Pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi, terdapat seorang raja di negeri Jin yang bernama Jinlinggong. Baginda bukan sahaja selalu bersikap acuh tak acuh terhadap urusan negara, malah menggunakan apa jua cara untuk mendapatkan kesenangan bagi dirinya sahaja. Pada suatu hari, raja Jinlinggong terfikir hendak membina sebuah rostrum bertingkat sembilan supaya baginda dapat melihat seluruh negerinya dari rostrum itu. Baginda mengeluarkan arahan sambil berkata:

Bi Shang Liang Shan

Bi Shang Liang Shan

2015-01-13 12:09November 27 2020 15:10:13

Pada suatu hari, Lin Chong membawa isterinya ke Kuil Yuemiao untuk menyembah Buddha. Dalam perjalanan ke kuil tersebut, isteri Lin Chong yang jelita itu, telah diusik oleh sekumpulan penjahat. Lin Chong menjadi berang. Bagaimanapun, apabila dia hendak mengangkat tangannya untuk memukul penjahat tersebut, dia mendapati bahawa ketua mereka ialah Gao Yanei, iaitu anak angkat kepada ketuanya, Gao Qiu. Disebabkan takut kepada Lin Chong yang memang hebat dalam bidang silat, Gao Yenei bersama pengikutnya pun segera melarikan diri dari situ. Mahu tak mahu, Lin Chong terpaksa menahan perasaan dendam dan marah di dalam hatinya.

Lan Yu Chong Shu

Lan Yu Chong Shu

2015-01-13 12:05November 27 2020 15:10:13

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu antara tahun 475 hingga tahun 221 Sebelum Masihi, ada seorang raja di negeri Qi yang bernama Qixuanwang. Baginda sangat suka menikmati persembahan yang menggunakan alat muzik "Yu", iaitu sejenis alat muzik tiupan pada zaman kuno. Lantaran itu, tertubuhlah sebuah pancaragam diraja yang terdiri daripada 300 orang pemain Yu. Setiap kali raja Qixuanwang mahu mendengar permainan Yu, baginda akan memerintahkan kesemua mereka memainkan alat muzik tersebut secara beramai-ramai di hadapan baginda.

Keldai di Guizhou Kehabisan Akal (Qian Lu Ji Qiong)

Keldai di Guizhou Kehabisan Akal (Qian Lu Ji Qiong)

2015-01-12 14:19November 27 2020 15:10:13

Pada zaman dahulu kala, di provinsi Guizhou, atau yang dikenali dengan nama singkatnya Qian, tidak ada keldai. Pada suatu hari, seorang lelaki yang suka menjaga tepi kain orang, telah mengangkut seekor keldai dengan perahu ke kawasan tersebut. Bagaimanapun, orang di sana tidak tahu apa gunanya binatang yang begitu besar itu. Maka, mereka pun meninggalkannya di kaki sebuah gunung.

< 1 ...5 6 7 8 9 10 11 12

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin