Lokasi Anda: Kebudayaan > Cerita Purba

Cerita Purba

San Ren Cheng Hu

San Ren Cheng Hu

2015-01-14 16:23May 31 2020 12:13:33

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-5 sebelum Masihi, negeri Wei dan negeri Zhao merancang untuk menjalinkan hubungan sekutu, dengan syarat saling menghantar puteri sebagai jaminan. Oleh itu, raja negeri Wei memutuskan untuk menghantar anak bongsunya, dengan ditemani oleh menteri kanan, Pang Cong, ke negeri Zhao.

Mao Sui Zi Jian

Mao Sui Zi Jian

2015-01-14 16:15May 31 2020 12:13:33

Pada Zaman Chunqiu, iaitu kira-kira 2000 tahun yang lalu, negeri Qin telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap negeri Zhao. Akhirnya, tentera Qin berjaya mengepung Handan, ibu kota negeri Zhao, untuk memaksa raja negeri tersebut menyerahkan kuasa pemerintahannya. Pada saat yang genting itu, raja negeri Zhao memutuskan untuk menghantar Perdana Menterinya, Zhao Sheng ke negeri Chu untuk meminta bantuan tentera daripada negeri tersebut.

Cermin yang Pecah Bercantum Semula

Cermin yang Pecah Bercantum Semula

2015-01-14 16:13May 31 2020 12:13:33

Pada abad ke-6 Masihi, bahagian utara China dikuasai oleh pemerintah Dinasti Sui. Bahagian selatan China pula terdiri daripada beberapa buah negeri yang kecil. Bagaimanapun, negeri-negeri tersebut ditawan satu demi satu oleh tentera kerajaan Sui, dan akhirnya, hanya tinggal negeri Chen sahaja.

Qi Bu Cheng Shi

Qi Bu Cheng Shi

2015-01-14 16:10May 31 2020 12:13:33

Pada zaman kerajaan Tiga Negeri, iaitu pada tahun 220 Masihi hingga tahun 280 Masihi, raja Negeri Wei, iaitu Cao Cao merupakan panglima tentera dan juga penyair yang paling terkemuka di China. Dua orang anaknya, iaitu Cao Pi dan Cao Zhi juga amat cemerlang dalam bidang kesusasteraan. Cao Pi ialah seorang pengkritik sastera, manakala, adiknya, Cao Zhi pula merupakan penyair yang paling unggul pada zaman itu. Ketiga-tiga mereka digelar "Tiga Cao".

Qian Ju Hou Gong

Qian Ju Hou Gong

2015-01-14 16:08May 31 2020 12:13:33

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-5 sebelum Masihi, China terdiri daripada tujuh buah negeri, iaitu negeri Qin, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qin. Antaranya, negeri Qin adalah yang paling kuat kerana ia telah melaksanakan pembaharuan lebih awal. Pada ketika itu, di negeri Han, ada seorang pemuda bernama Su Qin yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menceburi arena politik.

Nan Ke Yi Meng

Nan Ke Yi Meng

2015-01-14 16:05May 31 2020 12:13:33

Pada satu hari, ketika hari jadinya, Chunyu Fen telah menyediakan jamuan untuk meraikan kawan-kawannya di bawah sebatang pokok ash di depan rumahnya. Pada hari itu, dia minum amat banyak hingga menjadi sangat mabuk, dan terus terlelap di bawah pokok tersebut. Dalam tidurnya, Chunyu Fen bermimpi, konon dirinya telah dibawa oleh dua orang pegawai yang memakai pakaian berwarna ungu, ke dalam suatu lubang besar yang tersembunyi di bawah pokok ash itu, dan kemudiannya tiba di sebuah negeri yang bernama Negeri Dahuai'an.

Si Mian Chu Ge

Si Mian Chu Ge

2015-01-14 16:02May 31 2020 12:13:33

Pada akhir abad ke-3 sebelum Masihi, pemerintah Dinasti Qin yang zalim itu telah menimbulkan kemarahan rakyat jelata. Lantaran itu, muncullah beberapa banyak kumpulan tentera pemberontak petani di merata-rata tempat di China. Antaranya, dua tentera yang paling kuat yang masing-masing diketuai oleh Xiang Yu dan Liu Bang. Xiang Yu merupakan seorang hulubalang dari negeri Chu yang gagah berani dalam pertempuran, tetapi kurang pandai menggunakan taktik perperangan. Liu Bang yang berasal daripada rakyat biasa itu pula sangat mahir dalam menggunakan taktik tersebut. Dalam peperangan untuk menumbangkan pemerintah Dinasti Qin itu, kedua-dua mereka sanggup bekerjasama dan saling membantu hinggalah mereka berjaya menumbangkan pemerintahan tersebut.

Po Fu Chen Zhou

Po Fu Chen Zhou

2015-01-14 15:59May 31 2020 12:13:33

Pada penghujung zaman Dinasti Qin, tentera negeri Qin yang melancarkan serangan besar-besaran terhadap negeri Zhao, telah mengepung tentera negeri tersebut di sesuatu tempat yang bernama Julu, iaitu di Kaunti Pingxiang, Provinsi Hebei sekarang ini. Pada saat yang genting itu, raja negeri Chu segera mengarahkan dua orang hulubalang yang paling perkasa di negerinya, iaitu Song Yi dan Xiang Yu, supaya mengetuai kumpulan tentera ke tempat tersebut untuk membantu negeri Zhao.

Ai Wu Ji Wu

Ai Wu Ji Wu

2015-01-13 13:36May 31 2020 12:13:33

Pada abad ke-11 sebelum Masihi, Dinasti Shang yang sudah memerintah selama 600 tahun di China menjadi semakin lemah. Pentadbiran yang tidak adil, perang yang berlarutan bertahun-tahun lamanya, cukai dan beban yang dikenakan ke atas rakyat jelata yang semakin berat, serta tentangan daripada kalangan bangsawan yang semakin hebat, mengheretnya ke kancah kegawatan yang amat serius. Pada ketika itu, negeri Zhou, sebuah negeri yang ditadbir oleh Dinasti Shang, telah menjadi semakin kuat di Qishan, iaitu di Provinsi Shaanxi pada masa ini, sehingga akhirnya ia berjaya menumbangkan Dinasti Shang dan menubuhkan Dinasti Zhou. Pada suatu hari, maharaja Dinasti Zhou, iaitu Raja Wuwang, memanggil pegawai-pegawai kanannya ke istana

Ba Miao Zhu Zhang

Ba Miao Zhu Zhang

2015-01-13 13:30May 31 2020 12:13:33

Pada zaman Chunqiu, iaitu kira-kira 2000 tahun yang lalu, di Negeri Song, ada seorang petani yang bersifat kurang sabar. Sejak anak benih tanamannya mula bertunas, hampir setiap hari, petani itu tidak jemu-jemu pergi ke sawahnya untuk melihat berapa tinggi semaiannya sudah tumbuh. Bagaimanapun, dia amat kecewa kerana tanamannya membesar terlalu perlahan. Dia memeras otak, cuba mencari jalan supaya dapat memperoleh hasil dengan lebih cepat.

< 1 ...6 7 8 9 10 ...12

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin