Dalam 36 Taktik Peperangan pada zaman purba China, "Pokok Berbunga" bermaksud meletakkan bunga palsu pada pokok yang tidak berbunga untuk mengelirukan orang lain. Dengan kata lain, tentera yang jumlahnya tidak banyak atau lemah boleh mempergunakan kekuatan tentera sahabatnya atau sesuatu faktor untuk mencipta kekeliruan bagi musuh.
Pada zaman dahulu kala, ada seorang tua yang dikenali sebagai Pak Pandir. Usianya sudah hampir 90 tahun. Rumahnya berhadapan dengan dua buah gunung yang besar, iaitu Gunung Thaihang dan Gunung Wangwu. Kedua-dua buah gunung tersebut menjadi penghalang perjalanan Pak Pandir sekeluarga.
Kononnya pada zaman purba, langit dan bumi bercantum, yakni tidak terpisah. Kosmos ini seperti sebiji telur yang besar, di dalamnya sangat keruh dan gelap serta tidak terdapat petunjuk arah. Ada seorang pahlawan bernama Pan Gu yang sudah tidur dalam telur itu selama 18 ribu tahun. Ketika dia terjaga dari tidurnya, dia berasa sangat panas. Kemudian, apabila dia ingin berdiri, kulit telur itu pula menutup badannya. Pan Gu menjadi marah dan dengan menggunakan sebilah kapak, dia memecahkan kulit telur itu. Setelah kulit telur itu peceh, barangan yang ringan naik menjadi langit dan barangan yang berat turun menjadi bumi.
Kononnya setelah Dewa Pan Gu memisahkan langit dan bumi, Dewi Nu Wa berjalan-jalan di kosmos. Walaupun dunia ini sudah mempunyai gunung, pokok, rumput dan haiwan, namun, Dewi Nu Wa masih berasa dunia ini kurang makmur kerana tidak wujud insan. Pada suatu hari, ketika dewi Nu Wa berjalan-jalan di bumi, dia terasa sangat sepi. Maka, dia memutuskan untuk mencipta sesuatu yang boleh memakmurkan dunia.
Dalam banyak cerita dongeng di China, terdapat ramai pahlawan yang cerdik dan gagah berani yang sanggup mengorbankan jiwa raga mereka untuk menjamin kebahagiaan rakyat. Suiren, iaitu pengambil api merupakan salah seorang daripada mereka.
Pada zaman purba kala, terdapat sebuah gunung yang tinggi di bahagian utara China. Di dalam hutan di gunung itu, tinggal sekumpulan gergasi yang sangat perkasa. Ketua kumpulan itu bernama Kua Fu, yang kedua-dua telinganya masing-masing digantung dengan seekor ular emas, dan dua tangannya pula masing-masing memegang seekor ular emas. Kumpulan gergasi yang diketuai oleh Kua Fu itu berbudi bahasa, bersopan satun, rajin dan berani. Mereka hidup dengan aman dan sentosa.
Menurut riwayatnya, pada zaman purba, terdapat 10 matahari di langit, dan cahaya matahari yang panas terik ini menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering sejat dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut.
Pada zaman purba kala, kononnya terdapat 10 matahari di kayangan. Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering, panas dan berasap, air di laut kering sejat dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut.
Kononnya, selepas Dewi Nu Wa mencipta manusia, umat manusia hidup dengan aman dan sentosa. Namun, tiba-tiba, pada suatu hari, langit dan bumi berlanggaran, lalu muncullah satu rekahan yang besar di langit. Bumi turut merekah dan runtuh. Api keluar dari bawah tanah, dan memusnahkan hutan. Banjir besar pula berlaku di merata-rata tempat sehingga menenggelamkan gunung-ganang di bumi. Hantu dan binatang liar berkeliaran. Keadaan ini mendatangkan kesengsaraan kepada seluruh umat manusia.
Dalam sejarah feudal China, takhta raja biasanya diwarisi oleh anak raja. Namun, pewarisan takhta antara ketiga-tiga orang raja yang paling awal dalam legenda China, iaitu Yao, Shun dan Yu, tidak diamalkan berasaskan keturunan. Siapa yang paling bijak dan mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, dialah yang dipilih sebagai raja.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.