Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Cerita Purba > Kandungan

36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China

2015-03-10 11:38:34

Dalam buku itu turut dinyatakan bahawa tatkala menghadapi situasi peperangan yang cepat berubah dan penuh dengan tipu muslihat, keputusan yang betul mesti dibuat dengan segera. Maka, penggunaan taktik yang betul merupakan langkah yang paling penting semasa bertempur dengan musuh.

36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China

"36 Taktik Peperangan" merupakan rumusan hasil fikiran ahli ketenteraan yang terunggul pada zaman purba China. Setiap taktik, mempunyai tujuan yang jelas dan bersifat praktikal. Kebanyakan taktik tersebut lebih mementingkan perubahan yang tidak dijangka ketika bertempur dengan musuh. 36 Taktik Peperangan diketahui oleh umum melalui pelbagai cara. Ada taktik yang dinamakan dengan judul opera, peribahasa atau peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah China. Oleh sedemikian, orang ramai lebih mudah untuk memahami teori dan ilmu ketenteraan yang terkandung di dalam buku itu.

Misalnya, taktik ke-18 berbunyi "jika ingin mengalahkan musuh, ketua pihak musuh mesti ditangkap terlebih dahulu". Taktik ini bermaksud bahawa jika sesuatu pihak yang berperang dengan pihak yang lain ingin memenangi perang itu secara keseluruhannya, mereka mesti menangkap ketua pihak yang lain.

Taktik ke-36 adalah mengenai pelarian atau pengunduran. Dalam taktik itu dijelaskan bahawa jika menghadapi musuh yang terlalu kuat, kadangkala pelarian atau pengunduran merupakan pilihan terbaik bagi menyimpan kekuatan sendiri.

Oleh sebab "36 Taktik Peperangan" sangat mudah difahami dan bersifat praktikal, maka masyarakat China masih berminat terhadap penggunaannya pada hari ini. Sehubungan dengan itu, banyak terbitan yang berkaitan dengan "36 Taktik Peperangan" telah muncul dalam pasaran, antaranya termasuk "36 Taktik Peperangan dalam Bidang Perniagaan", "36 Taktik Peperangan dalam Perhubungan Sosial", bahkan "36 Taktik Peperangan dalam Hubungan dengan Kekasih".

"36 Taktik Peperangan" telah diperkenalkan ke Jepun lebih awal berbanding dengan negara yang lain dan dikenali sebagai "kunci kepada penentuan strategi.

Setakat ini, "36 Taktik Peperangan" telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa utama di dunia untuk digunakan sebagai bahan rujukan penting ketenteraan, antaranya termasuk bahasa Belanda, Itali, Inggeris, Perancis. Rusia, Portugal, Sepanyol, Turki dan lain-lain.

----Puspa

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin