Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Cerita Purba > Kandungan

36 Taktik Peperangan: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu

2015-03-03 16:37:49

36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku yang di dalamnya terkandung 36 taktik peperangan yang diguna pakai pada zaman purba di China dan diwarisi sehingga hari ini. Taktik-taktik peperangan yang terkandung di dalam buku itu telah diguna pakai di China dalam jangka masa yang panjang dan telah menjadi inti pati kebudayaan tradisi China. Pada masa ini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah politik, diplomasi, ilmu-ilmu pengurusan, perdagangan dan lain-lain.

Dalam "36 Taktik Peperangan" tidak banyak kandungan yang menjelaskan tentang teori peperangan, sebaliknya lebih tertumpu kepada penggunaan praktikal strategi peperangan.

36 Taktik Peperangan: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu

"36 Taktik Peperangan" merupakan rumusan hasil fikiran ahli ketenteraan yang terunggul pada zaman purba China. Setiap taktik mempunyai tujuan yang jelas dan bersifat praktikal. Kebanyakan taktik tersebut lebih mementingkan perubahan yang tidak dijangka ketika bertempur dengan musuh. 36 Taktik Peperangan diketahui oleh umum melalui pelbagai cara. Ada taktik yang disebut dengan judul opera, peribahasa atau peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah China. Oleh sedemikian, orang ramai lebih mudah untuk memahami teori dan ilmu ketenteraan yang terkandung di dalam buku itu.

Daripada judul taktik "Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu" sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu untuk menangkap atau mengalahkan musuh, kita seharusnya melepaskan atau mengabaikan sasaran supaya mereka terpedaya dan percaya bahawa mereka telah bebas dan selamat dan tidak lagi berjaga-jaga atas serangan yang mungkin dihadapi, akhirnya kita akan menyerang musuh pada masa yang sesuai untuk menghapuskannya.

Meneliti taktik tersebut, "tangkap" dan "lepaskan" adalah saling bertentangan. Dalam bidang ketenteraan, "tangkap" ialah tujuan, manakala "lepaskan" ialah kaedah. Di China, ada satu bidalan yang berbunyi "jangan mengejar musuh ke jalan mati". Ini kerana jika kita mengejar musuh ke jalan mati, maka musuh yang kita kalahkan akan melakukan serangan balas dengan sehabis-habisnya kerana mereka sudah tidak ada apa-apa boleh hilang. Dalam keadaan ini, kita lebih baik melepaskan mereka dulu supaya musuh tidak lagi berwaspada atas pergerakan kita, lalu menyerang mereka secara habis-habis.

36 Taktik Peperangan: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu

Cerita mengenai ahli ketenteraan termasyhur China, Zhuge Liang tujuh kali menangkap Meng Huo merupakan satu contoh baik yang berjaya menggunakan taktik "Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya dahulu".

Pada tahun 225 Masihi, untuk mengukuhkan pertahanan Negeri Shu, Perdana Menteri negeri itu, Zhuge Liang telah mengetuai tentera untuk berperang dengan kekuatan di selatan China. Ketika tentera Zhuge Liang sedang bersiap untuk balik ke Negeri Shu setelah berjaya menewaskan musuh, ketua puak Etnik Yi di selatan, Meng Huo telah mengetuai tentera untuk menyerang tentera Negeri Shu, lalu Meng Huo dikalahkan dan ditangkap oleh Zhuge Liang.

Biasanya, jika ketua sesebuah tentera telah ditangkap, tentera itu tentu akan hilang semangat untuk berjuang dan mudah dikalahkan. Namun, memandangkan Meng Huo mempunyai kewibawaan yang tinggi dan pengaruh yang besar di selatan China, Zhuge Liang telah memutuskan untuk menggunakan taktik "Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya dahulu" iaitu melepaskan Meng Huo untuk menawan hatinya supaya dia sanggup menyerah kalah. Jika Meng Huo tidak mengakui kalah dengan penuh kerelaan, namun serangan daripada pelbagai puak di selatan China terhadap Negeri Shu tidak akan berhenti-henti dan menjadi ancaman terhadap pertahanan negeri itu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin