Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Cerita Purba > Kandungan

36 Taktik Peperangan: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya

2015-01-16 11:58:06

36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku yang di dalamnya terkandung 36 taktik peperangan yang diguna pakai pada zaman purba di China dan diwarisi sehingga hari ini. Taktik-taktik peperangan yang terkandung di dalam buku itu telah diguna pakai di China dalam jangka masa yang panjang dan telah menjadi inti pati kebudayaan tradisi China. Pada masa ini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah politik, diplomasi, ilmu-ilmu pengurusan, perdagangan dan lain-lain.

Dalam "36 Taktik Peperangan" tidak banyak kandungan yang menjelaskan tentang teori peperangan, sebaliknya lebih tertumpu kepada penggunaan praktikal strategi peperangan.

"36 Taktik Peperangan" merupakan rumusan hasil fikiran ahli ketenteraan yang terunggul pada zaman purba China. Setiap taktik, mempunyai tujuan yang jelas dan bersifat praktikal. Kebanyakan taktik tersebut lebih mementingkan perubahan yang tidak dijangka ketika bertempur dengan musuh. 36 Taktik Peperangan diketahui oleh umum melalui pelbagai cara. Ada taktik yang dinamakan dengan judul opera, peribahasa atau peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah China. Oleh sedemikian, orang ramai lebih mudah untuk memahami teori dan ilmu ketenteraan yang terkandung di dalam buku itu.

36 Taktik Peperangan: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya

Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menarik harimau meninggalkan sarangnya. Di China, harimau dipanggil sebagai "raja di dalam gunung". Pada masa dahulu, peristiwa harimau menyerang manusia sering berlaku. Dalam operasi untuk menghapuskan harimau, orang ramai perlu menarik harimau keluar daripada sarangnya supaya ia meninggalkan kawasan pergunungan yang menjadi tempat sembunyi. Maka, taktik "Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya" juga mempunyai maksud lanjut iaitu: melakukan sesuatu supaya pihak musuh meninggalkan tempat asal atau kehilangan kelebihannya.

Dalam buku "Seni Perang" hasil karya Sun Zi, ahli strategi terkenal China ditunjukkan bahawa menyerang musuh dengan hebat tanpa mengira kekuatan pihak musuh pasti akan gagal. Jika pihak musuh telah berada dalam kedudukan strategik dan bersiap sedia untuk menangkis serangan yang dihadapi, maka kita tidak digalakkan berdepan langsung dengan pihak musuh kerana tidak mempunyai kelebihan.

Dalam keadaan ini, kita boleh mencuba taktik untuk mengumpan musuh meninggalkan kubu pertahanan yang kukuh dengan kos yang rendah. Dengan menggunakan tipu muslihat tersebut, kita boleh menjadikan situasi berubah sehingga kita mendapat kelebihan.

36 Taktik Peperangan: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya

Dalam bidang ketenteraan, kunci kepada kejayaan penggunaan taktik "Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya" ialah "menarik". Seterusnya, saya akan bagi satu contoh untuk memberikan penjelasan lebih lanjut.

Pada awal abad kedua Masihi, wilayah China berada dalam keadaan terpisah-pisah dan diduduki oleh beberapa kuasa tempatan. Antaranya tiga kuasa yang terbesar ialah Negeri Wei, Negeri Shu dan Negeri Wu.

Pada masa itu, pemimpin Negeri Wu, Sun Ce bercita-cita untuk meluaskan wilayahnya dan merancang untuk merebut kota Lu Jiang yang berkedudukan strategik daripada tangan hulubalang Liu Xun.

Sun Ce menyedari bahawa pasukan Liu Xun sangat kuat, jika berhadapan langsung dengan tenteranya, maka kemungkinan untuk mencapai kemenangan adalah sangat kecil. Jadi, setelah berunding dengan pengikutnya, Sun Ce telah membuat keputusan untuk menggunakan taktik "Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya".

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin