Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Cerita Purba > Kandungan

Riwayat Dewa Kua Fu Mengejar Matahari

2015-01-16 11:18:06
260989_2015011611181424170800.gif

Pada zaman purba kala, terdapat sebuah gunung yang tinggi di bahagian utara China. Di dalam hutan di gunung itu, tinggal sekumpulan gergasi yang sangat perkasa. Ketua kumpulan itu bernama Kua Fu, yang kedua-dua telinganya masing-masing digantung dengan seekor ular emas, dan dua tangannya pula masing-masing memegang seekor ular emas. Kumpulan gergasi yang diketuai oleh Kua Fu itu berbudi bahasa, bersopan satun, rajin dan berani. Mereka hidup dengan aman dan sentosa.

Pada suatu tahun, cuaca di kawasan gunung tersebut menjadi sangat panas. Banyak pokok yang mati, dan sungai pun kian kering. Kepanasan itu juga telah meragut banyak nyawa gergasi di situ. Kua Fu, sebagai ketua, berasa sangat sedih. Dia memandang matahari sambil berkata: "Aku benci akan matahari, aku akan mengejar matahari ini dan menangkapnya supaya ia mematuhi arahanku". Ada orang berkata, matahari itu terlalu panas, dan Kua Fu mungkin nanti terbakar akibat kepanasannya. Bagaimanapun, Kua Fu yang sudah berazam hendak menangkap matahari itu berkata, "Aku mesti menangkap matahari supaya kumpulan kita dapat hidup dengan aman dan bahagia".

Kua Fu meninggalkan kampung halamannya dan berlari pantas ke tempat matahari terbit. Matahari bergerak di atas langit, manakala Kua Fu berlari di bumi. Dia melalui beberapa buah gunung yang tinggi, dan merentasi beberapa buah sungai yang lebar. Betapa besarnya Kua Fu, ketika kakinya memijak bumi, bumi bergegar. Apabila dia berasa letih, dia duduk dan menanggal kasutnya. Debu daripada kasutnya menimbun menjadi gunung yang tinggi. Semasa Kua Fu berasa lapar, dia meletakkan tiga buah batu, menjadi tungku untuk memasak nasi. Ketiga-tiga buah batu tersebut menjadi tiga buah gunung yang mencakar langit, dengan tingginya mencapai beberapa ribu meter.

Kua Fu semakin hari semakin dekat dengan matahari. Keyakinannya untuk menangkap matahari juga semakin tinggi. Akhirnya, dia menemui matahari di tempat terbenamnya matahari itu. Dia ternampak matahari seperti sebiji bola api yang sangat terang. Dia dengan gembira pergi menangkap bola api itu. Tetapi, matahari itu terlalu panas sehingga menjadikan Kua Fu berasa sangat dahaga. Oleh itu, dia berlari pula ke tebing Sungai Kuning, dan minum hingga kering air di sungai itu. Kemudian dia berlari ke Sungai Wei, dan minum lagi, hingga habis air di sungai itu pula. Akan tetapi, dia tetap berasa sangat dahaga. Maka, dia memutuskan berlari ke sebelah utara kerana di sana terdapat banyak tasik yang luas. Bagaimanapun, sebelum sampai kawasan tasik itu, dia menderita kedahagaan lalu meninggal dunia.

Sebelum Kua Fu meninggal dunia, dia berasa sangat rindu kepada anak buahnya. Setelah dia meninggal dunia, tongkatnya menjadi hutan pokok pic. Pokok pic itu kemudian menyediakan daripada panas matahari bagi orang yang melalui tempat itu, dan menyediakan buah pic untuk meredakan rasa dahaga dan keletihan mereka.

Riwayat Kua Fu mengejar matahari mencerminkan hasrat rakyat China untuk mencegah bencana. Walaupun akhirnya Kua Fu mati, tetapi semangatnya tetap kekal dalam hati rakyat China hingga sekarang ini.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin