Lokasi Anda: Kebudayaan > Tokoh Tersohor

Tokoh Tersohor

Guo Ziyi, Jeneral Yang Menghidupkan Semula Dinasti Tang

Guo Ziyi, Jeneral Yang Menghidupkan Semula Dinasti Tang

2014-11-28 15:00December 12 2019 00:21:28

Pada tahun 755 M, dua orang Gabenor dalam Dinasti Tang, iaitu An Lushan dan Shi Siming telah memberontak dengan alasan untuk membunuh perdana menteri yang khianat, Yang Guozhong demi Maharaja Xuanzong. Kumpulan pemberontak ini telah berjaya menduduki bandar Luoyang dan segera akan sampai ke Changan, ibu negara Dinasti Tang. Maharaja Xuanzong terpaksa melarikan diri ke Sichuan, dan Puteri Mahkota, Li Heng telah naik takhta, dengan gelaran Maharaja Suzong. Baginda lalu mengarahkan Janeral Guo Ziyi untuk merampas kembali Luoyang dan Changan, serta menghapuskan pemberontak itu.

Sima Guang, Pakar Sejarah Paling Terkenal pada Dinasti Song

Sima Guang, Pakar Sejarah Paling Terkenal pada Dinasti Song

2014-11-27 16:34December 12 2019 00:21:28

Sima Guang dilahirkan pada tahun 1019 M. Beliau rajin belajar ketika masih kecil dan lulus peperiksaan kebangsaan pada umur 20 tahun dan dilantik sebagai pegawai. Ketika menjawat pegawai di kerajaan pusat, beliau telah menyunting pelbagai buku sejarah untuk maharaja.

Yue Fei, Pahlawan Setia Yang Berkhidmat untuk Negara

Yue Fei, Pahlawan Setia Yang Berkhidmat untuk Negara

2014-11-27 16:29December 12 2019 00:21:28

Yue Fei dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin pada tahun 1103. Sejak kecil, beliau rajin membaca pelbagai jenis buku, lebih-lebih lagi buku tentang teori ketenteraan. Beliau juga mahir teknik berjuang dengan menggunakan pelbagai jenis senjata melalui latihan yang ketat. Pada tahun 1126, ketika menyelamatkan bandar Bianliang, ibu negara Dinasti Song Utara yang telah dikepung oleh tentera negeri Jin, Yue Fei menyertai tentera pimpinan Zong Ze. Sebelum meninggalkan rumah, ibunya mencucukkan perkataan "bersetia dan berkhidmat untuk negara" pada belakang Yue Fei.

Kublai Khan, Maharaja Pertama Dinasti Yuan

Kublai Khan, Maharaja Pertama Dinasti Yuan

2014-11-27 16:22December 12 2019 00:21:28

Kublai dilahirkan pada tahun 1215, beliau ialah puteri Genghis Khan dan adik kepada Mongke Khan. Sejak remaja, Kublai telah mempunyai hasrat untuk memberikan sumbangan yang besar kepada negaranya. Beliau bukan sahaja pandai bertempur, malah memahami budaya etnik Han dengan baik. Ini jarang kelihatan dalam kalangan bangsawan Mongol.

Zhu Di, Maharaja Yang Memperkukuh Dinasti Ming

Zhu Di, Maharaja Yang Memperkukuh Dinasti Ming

2014-11-27 16:19December 12 2019 00:21:28

Zhu Di ialah putera keempat Zhu Yuanzhang, pengasas Dinasti Ming. Beliau digelar Raja Yan oleh Zhu Yuanzhang kerana sumbangannya yang begitu besar dalam menghapuskan tentera Dinasti Yuan dan mewujudkan penyatuan negara China. Disebabkan wilayah yang ditadbir oleh Zhu Di sangat penting bagi pertahanan Dinasti Ming di bahagian utara, maka kedudukannya juga menjadi lebih tinggi daripada raja-raja yang lain.

Xu Xiake, Pakar Geografi Tersohor Zaman Dinasti Ming

Xu Xiake, Pakar Geografi Tersohor Zaman Dinasti Ming

2014-11-27 16:17December 12 2019 00:21:28

Xu Xiake dilahirkan pada tahun 1578 dalam sebuah keluarga yang kaya. Bapanya tidak puas hati dengan suasana kehidupan kalangan pegawai pada masa itu dan sering kali membawa Xu Xiake untuk melancong ke pelbagai tempat. Hal tersebut menjadikan Xu Xiake amat berminat dengan pelancongan dan menggalakkannya membaca pelbagai buku tentang geografi, pelancongan, sejarah serta catatan tempatan.

Cao Xueqin, Sasterawan Terkenal Dinasti Qing

Cao Xueqin, Sasterawan Terkenal Dinasti Qing

2014-11-27 16:09December 12 2019 00:21:28

Sebelum Cao Xunqin dilahirkan, tiga generasi keluarganya telah menjawat jawatan penting di Nanjing, terutamanya datuk Cao Xueqin yang sangat dihargai oleh Maharaja Kangxi. Bagaimanapun, selepas Maharaja Yongzheng menaiki takhta, keluarga Cao Xueqin terbabit dalam konflik antara pelbagai puak politik. Bapanya telah dipecat daripada jawatannya dan harta keluarganya juga dirampas. Keluarga Cao Xueqin berpindah ke Beijing, ibu negara Dinasti Qing. Ketika Cao Xueqin berumur 16 tahun, kedudukan keluarganya telah menurun hingga ke peringkat yang terendah dalam masyarakat.

Kangxi, Maharaja Agung Diansti Qing

Kangxi, Maharaja Agung Diansti Qing

2014-11-27 16:06December 12 2019 00:21:28

Pada tahun 1661, Maharaja Dinasti Qing Shunzhi, Maharaja pertama daripada Etnik Man yang mentadbirkan seluruh negara China telah mangkat pada umur 24 tahun kerana penyakit cacar. Puteranya, Xuanye yang hanya berumur 8 tahun ketika itu naik takhta menjadi Maharaja Kangxi. Menurut perintah wasiat Maharaja Shunzhi, empat orang pegawai kanan telah dilantik sebagai penolong maharaja Kangxi untuk membantu baginda menguruskan hal ehwal negara sehinggalah baginda mampu menguruskannya sendiri.

Maharaja Yongzheng, Penggalak Zaman Makmur Kangxi dan Qianlong

Maharaja Yongzheng, Penggalak Zaman Makmur Kangxi dan Qianlong

2014-11-27 15:59December 12 2019 00:21:28

Maharaja Yongzheng ialah seorang lagi maharaja yang memberi sumbangan besar kepada kebangsa dan negara China. Yongzheng ialah putera keempat Maharaja Kangxi. Ketika usia Maharaja Kangxi sudah lanjut, perebutan takhta antara putera-puteranya menjadi semakin dahsyat. Yongzheng berusaha supaya tidak bermusuh dengan mana-mana saudaranya, di samping itu, juga berusaha mendapatkan keyakinan daripada ayahandanya. Pada tahun 1722, apabila Maharaja Kangxi mangkat, Yongzheng berjaya naik tahkta.

Li Shizhen, Pakar Teori Perubatan Tradisi China

Li Shizhen, Pakar Teori Perubatan Tradisi China

2014-11-27 15:54December 12 2019 00:21:28

Li Shizhen dilahirkan pada tahun 1518. Bapanya ialah seorang doktor. Pengaruh bapanya menjadikan Li Shizhen sejak kecil telah berminat dengan ilmu perubatan tradisi China. Ketika umurnya 25 tahun, Li Shizhen pula memulakan kerjaya sebagai seorang doktor.

< 1 ...5 6 7 8 9 10 11 12

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin