Lokasi Anda: Kebudayaan > Tokoh Tersohor

Tokoh Tersohor

Shang Yang, Ahli Politik yang Jalankan Pembaharuan

Shang Yang, Ahli Politik yang Jalankan Pembaharuan

2014-12-09 14:12December 12 2019 01:33:20

Nama Shang yang sebenarnya ialah Gongsun Yang. Beliau digelar Shang Yang atau "Datuk Shang" oleh Raja Qin sebagai sebagai penghargaan terhadap jasanya. Itulah sebabnya beliau dipanggil "Shang Yang" oleh generasi yang kemudiannya. Shang Yang lahir pada 390 tahun sebelum Masehi, iaitu zaman Negeri-ngeri Berperang. Beliau pernah menjadi penolong Gongshu Cuo, Perdana Menteri Negeri Wei.

Qu Yuan, Penyair Patriotik China Yang Terkenal

Qu Yuan, Penyair Patriotik China Yang Terkenal

2014-12-09 14:09December 12 2019 01:33:20

Qu Yuan (340-278 sebelum Masehi) dilahirkan dalam keluarga bangsawan di negeri Chu. Ketika baru berusia 20 tahun, beliau sudah menjadi pegawai kanan dan sangat dipercayai oleh Raja Huai. Kononnya, beliau boleh masuk ke istana bila-bila sahaja untuk berbincang dengan baginda untuk mengeluarkan perintah, dan juga dapat bertemu dengan utusan dari negeri-negeri lain sebagai wakil baginda. Jadi, beliau dikatakan pernah menjadi pegawai yang paling penting dalam kerajaan pada suatu ketika dahulu. Bagaimanapun, kerana difitnah oleh bangsawan lain, akhirnya beliau telah dipulaukan oleh Raja Huai.

Han Fei, Pengasas Ajaran Perundangan

Han Fei, Pengasas Ajaran Perundangan

2014-12-09 13:58December 12 2019 01:33:20

Han Fei (tahun 280-233 sebelum Masehi) dilahirkan dalam keluarga bangsawan Negeri Han pada penghujung Zaman Negeri-negeri Berperang. Beliau pandai menulis, tetapi tidak banyak bercakap kerana gagap. Beliau banyak kali membuat cadangan kepada Raja Han untuk mengayakan negeri dan menguatkan tentera. Namun, cadangannya itu tidak dipedulikan oleh baginda. Beliau merasa sangat kesal dan hanya mampu menuliskan catatan tentang teorinya itu dalam karangan. Akhirnya, 55 buah karangannya yang paling terkenal telah disusun, lalu menjadi buku "Han Mei Zi".

Zhao Gao, Orang Yang Menggulingkan Pentadbiran Dinasti Qin

Zhao Gao, Orang Yang Menggulingkan Pentadbiran Dinasti Qin

2014-12-09 13:55December 12 2019 01:33:20

Zhao Gao merupakan keturunan bangsawan negeri Zhao. Dia terpaksa memasuki istana Qin dan menjadi seorang pengawal istana. Boleh dikatakan, beliaulah orang yang bertanggungjawab menggulingkan pentadbiran Dinasti Qin. Kononnya, beliau bertindak demikian disebabkan negeri Qin pernah membunuh 400 ribu askar negeri Zhao dalam Perang Changping. Ibu bapanya juga mati disebabkan kekejaman pentadbiran Dinasti Qin.

Li Bing, Pakar Irigasi Terkenal Pada Zaman Purbakala

Li Bing, Pakar Irigasi Terkenal Pada Zaman Purbakala

2014-12-01 16:49December 12 2019 01:33:20

Li Bing ialah jurutera irigasi yang paling terkenal pada zaman Neger-negeri Berperang. Pada tahun 256 sebelum Masehi, beliau dilantik sebagai Gabenor Sichuan oleh Raja Zhouxiang di Negeri Qin. Pada masa itu, bencana banjir kerap kali berlaku di Sungai Min di Sichuan. Oleh itu, Li Bing telah mereka bentuk dan mebina projek Empangan Dujiangyan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Han Xin, Jeneral Terkenal pada Awal Zaman Dinasti Han

Han Xin, Jeneral Terkenal pada Awal Zaman Dinasti Han

2014-12-01 16:23December 12 2019 01:33:20

Han Xin dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin di bandar Huaiyin, Provinsi Jiangsu pada penghujung zaman Dinasti Qin. Beliau telah memberi sumbangan yang luar biasa untuk membantu Raja Han, iaitu Liu Bang untuk menubuhkan Dinasti Han.

Dong Zhongshu, Pengasas Sistem Etika China Pada Zaman Purbakala

Dong Zhongshu, Pengasas Sistem Etika China Pada Zaman Purbakala

2014-12-01 16:19December 12 2019 01:33:20

Dong Zhongshu dilahirkan pada tahun 179 sebelum Masehi dan meninggal dunia pada tahun 117 sebelum Masehi. Ketika Maharaja Wu dari Dinasti Han naik takhta, beliau mengemukakan cadangan kepada baginda supaya melarang rakyat daripada mengikut sebarang aliran fahaman yang lain, kecuali ajaran Konfusius, menganjurkan penubuhan "universiti", institut pengajian tertinggi, untuk membina tokoh profesional dan melantik pegawai berdasarkan kebolehannya.

Wang Zhaojun, Utusan Damai antara Etnik Han dengan Hun

Wang Zhaojun, Utusan Damai antara Etnik Han dengan Hun

2014-12-01 16:15December 12 2019 01:33:20

Wang Zhaojun dilahirkan pada tahun 52 sebelum Masehi. Beliau dianggap salah seorang daripada empat orang gadis yang paling cantik dalam sejarah China. Kononnya, ketika Wang Zhaojun masih kecil, beliau pergi mencuci mukanya di tebing sebatang anak sungai Ikan dalam sungai itu amat terpesona melihat kecantikannya sehingga lupa untuk berenang dan tenggelam ke dasar sungai.

Sima Qian, Pengarang

Sima Qian, Pengarang "Catatan Sejarah"

2014-12-01 15:14December 12 2019 01:33:20

Sima Qian dilahirkan pada tahun 145 sebelum Masehi dan meninggal dunia pada tahun 87 sebelum Masehi. Sejak berumur 20 tahun, Sima Qian sudah memulakan penjelajahan ke seluruh negara untuk mengetahui pelbagai cerita tentang sejarah dalam kalangan rakyat.

Wang Mang, Perampas Kuasa Dinasti Han

Wang Mang, Perampas Kuasa Dinasti Han

2014-12-01 15:05December 12 2019 01:33:20

Keluarga Wang Mang (tahun 45 sebelum Masehi hingga tahun 23 Masehi) sangat berkuasa pada penghujung era Dinasti Han Barat. Beberapa orang bapa saudaranya merupakan pegawai kanan dalam kerajaan Maharaja Cheng Dinasti Han Barat. Manakala bapanya pula meninggal dunia ketika Wang Meng masih kecil. Kehidupan beliau dan ibunya selepas kematian bapanya diuruskan dengan bantuan daripada ahli keluarga yang lain. Oleh itu, beliau sangat mahir dalam bidang perhubungan dan sentiasa memperlihatkan sikap yang optimis terhadap kehidupan di depan bapa-bapa saudaranya.

< 1 ...5 6 7 8 9 ...12

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin