Lokasi Anda: Kebudayaan > Tokoh Tersohor

Tokoh Tersohor

Genghis Khan, Tokoh Tersohor dalam Sejarah China

Genghis Khan, Tokoh Tersohor dalam Sejarah China

2014-12-11 16:30September 17 2019 20:41:14

Genghis Khan, raja empayar Mongolia yang wilayahnya meluas dari Asia hingga ke Eropah pada abad ke-13, merupakan tokoh terkenal dalam sejarah China. Berdasarkan kegagahan dan kehebatann beliau telah mendorong perkembangan Etnik Mongol dan membuat jasa cemerlang dalam sejarah China.

Qihuangong, Tokoh Terkenal Dalam Sejarah China

Qihuangong, Tokoh Terkenal Dalam Sejarah China

2014-12-11 16:26September 17 2019 20:41:14

Tempoh pada tahun 770 sehingga tahun 481 sebelum Masihi merupakan Zaman Musim Bunga dan Gugur Dinasti Zhou dalam sejarah China. Pada tempoh itu, pemerintahan kerajaan pusat Dinasti Zhou semakin lemah, pelbagai negeri melancarkan peperangan terhadap negeri lain untuk meluaskan wilayah. Raja pelbagai negeri berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kekuatan dan kedudukan sendiri. Raja Qihuangong merupakan raja yang paling terkenal antara raja pelbagai negeri pada tempoh itu. Qihuangong merupakan raja

Chen Sheng, Ketua Tentera Pemberontak Petani Pertama Pada Zaman Silam China

Chen Sheng, Ketua Tentera Pemberontak Petani Pertama Pada Zaman Silam China

2014-12-11 16:22September 17 2019 20:41:14

Maharaja Qinshihuang telah menyatukan China dan menubuhkan Dinasti Qin pada tahun 221 sebelum Masihi. Baginda melaksanakan pemerintahan zalim terhadap rakyat dan menjatuhkan hukuman kejam terhadap tahanan tidak peduli mereka bersalah atau tidak. Hanya dalam belasan tahun, kehidupan rakyat mengalami kesukaran dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemerintahan kerajaan pusat Dinasti Qin semakin meningkat.

Xiang Yu, Ketua Tentera Pemberontak Petani Yang Terkenal dalam Sejarah China

Xiang Yu, Ketua Tentera Pemberontak Petani Yang Terkenal dalam Sejarah China

2014-12-11 15:49September 17 2019 20:41:14

Xiang Yu berasal daripada keluarga hulubalang. Sejak kecil, beliau telah mempelajari kepakaran peperangan dengan bapa saudaranya Xiang Liang. Pada tahun 209 sebelum Masihi iaitu zaman Dinasti Qin, pemberontakan petani berlaku besar-besaran, Xiang Yu mengikuti bapa saudaranya menyertai tentera pemberontak petani. Xiang Yu terkenal kerana gagah berani dalam peperangan dan tidak lama kemudian beliau menjadi ketua salah satu tentera pemberontak petani. Tentera pemberontak petani yang diketuai oleh Xiang Yu menyerang dengan dahsyat tentera kerajaan Dinasti Qin dan menyediakan bantuan kepada tentera pemberontak petani lain yang diketuai oleh Liu Bang yang menyerbu masuk Bandar Xianyang, ibu kota Dinasti Qin. Bandar Xianyang ditawan tentera pemberontak petani, pemerintahan Dinasti Qin ditumbangkan.

Liu Bang, Maharaja yang Berasal daripada Rakyat Jelata

Liu Bang, Maharaja yang Berasal daripada Rakyat Jelata

2014-12-11 15:44September 17 2019 20:41:14

Pada tahun 202 sebelum Masihi, Liu Bang menubuhkan pemerintahan Dinasti Han selepas Dinasti Qin ditumbangkan. Liu Bang menjadi maharaja pertama Dinasti Han dan juga merupakan maharaja pertama yang berasal daripada rakyat jelata.

Wang Chong, Ahli Falsafah Materialisme pada Zaman Purba China

Wang Chong, Ahli Falsafah Materialisme pada Zaman Purba China

2014-12-11 15:38September 17 2019 20:41:14

Pada zaman purba, falsafah Confucius sentiasa menempati kedudukan utama dalam kalangan falsafah di China. Walaupun demikian, falsafah Confucius tidak mementingkan kajian terhadap topik-topik ilmiah alam, malah pengasasnya Confucius juga tidak mahu menjawab persoalan tentang apakah benar-benar terdapat dewa dan syaitan.

Zhang Heng, Ahli Sains China pada 1800 Tahun yang Lalu

Zhang Heng, Ahli Sains China pada 1800 Tahun yang Lalu

2014-12-11 15:31September 17 2019 20:41:14

Pada lebih 1,800 tahun yang lampau, ahli sains China Zhang Heng telah berjaya mengesan kejadian gempa bumi dengan menggunakan kemudahan yang diciptanya sendiri. Ini merupakan aktiviti pengesanan gempa bumi yang pertama kalinya dilakukan oleh manusia dengan menggunakan alat pengesan.

Cao Cao, Negarawan dan Ahli Ketenteraan Tersohor dalam Sejarah China

Cao Cao, Negarawan dan Ahli Ketenteraan Tersohor dalam Sejarah China

2014-12-11 15:25September 17 2019 20:41:14

Pada akhir abad ke-2 Masihi sehingga awal abad ke-3, Dinasti Han Timur China semakin mundur. Raja, kalangan bangsawan dan panglima perang pelbagai negeri masing-masing meluaskan pasukan tenteranya dan meningkatkan kekuatannya. Mereka melancarkan peperangan antara satu sama lain bagi mengalahkan seteru dan meningkatkan kedudukan. Seluruh masyarakat Dinasti Han Timur China berada dalam keadaan kacau-bilau. Cao Cao merupakan pemimpin daripada kumpulan politik dan ketenteraan yang paling kuat di China pada masa itu. Beliau telah menamatkan keadaan kacau-bilau dan menyatukan bahagian utara China menerusi peperangan dalam masa panjang.

Liu Bei, Tokoh Tersohor pada Zaman Silam China

Liu Bei, Tokoh Tersohor pada Zaman Silam China

2014-12-11 15:22September 17 2019 20:41:14

Pada zaman akhir abad ke-2 sehingga awal abad ke-3 Masihi yakni zaman Dinasti Han Timur, raja dan panglima perang pelbagai negeri berperang antara satu dengan lain untuk meningkatkan kekuatan dan mengalahkan seterunya agar dapat menguasai pemerintahan dan menggantikan kerajaan Dinasti Han Timur. Selepas tempoh peperangan yang panjang, Negeri-negeri Wei, Shu dan Wu telah mengalahkan negeri-negeri lain yang merupakan tiga buah negeri yang terkuat di China. Dengan ini, muncullah Zaman Kerajaan 3 Negeri Wei, Shu dan Wu yang tersohor dalam sejarah China.

Shen Nongshi

Shen Nongshi

2014-12-11 15:19September 17 2019 20:41:14

Pada lima ribu tahun yang lalu, Shen Nongshi, iaitu seorang pemimpin sebuah suku etnik marga Jiang, selalu bercucuk tanam bersama dengan anggota biasa suku etnik. Ia bahkan menciptakan perangkat pertanian yang paling awal di China, sehingga sangat mendorong perkembangan pertanian. Untuk menghargai sumbangannya terhadap pertanian, ia diberi nama Shen Nongshi, maksudnya "dewa pertanian".

< 1 ...3 4 5 6 7 ...12

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin