Lokasi Anda: Kebudayaan > Tokoh Tersohor

Tokoh Tersohor

Guo Shoujing, Ahli Sains Tersohor China

Guo Shoujing, Ahli Sains Tersohor China

2014-12-12 13:21November 14 2019 17:53:18

Guo Shoujing dilahirkan pada tahun 1231 di Xingtai Hebei, bahagian utara China. Semasa kanak-kanak, Guo Shoujing telah berminat terhadap pelbagai fenomena alam dan menggemari pengkajian sains, khususnya ilmu falak, malah sentiasa mengkaji dan membuat pelbagai perkakasan dalam bidang penyelidikan ilmu falak. Lantaran itu, Guo Shoujing berpeluang untuk berguru kepada Liu Bingzhong, ahli sains yang terkenal di China pada masa itu.

Li Shizhen, Doktor Tradisional pada Zaman Silam China

Li Shizhen, Doktor Tradisional pada Zaman Silam China

2014-12-12 13:08November 14 2019 17:53:18

Perubatan tradisional China telah berkembang sejak awal dulu. Terdapat ramai doktor tradisional yang terkenal dalam sejarah perubatan tradisional China selama beberapa ribu tahun yang lalu. Li Shizhen bukan saja merupakan doktor tradisional China yang tersohor, tetapi juga seorang ahli sains terkenal yang diiktiraf di arena antarabangsa.

Cai Lun, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China

Cai Lun, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China

2014-12-12 13:05November 14 2019 17:53:18

Cai Lun merupakan ahli sains yang menjalankan pembaharuan besar terhadap teknologi pembuatan kertas pada zaman purba China. Penciptaan kertas merupakan perkara penting dalam sejarah manusia. Semenjak kertas dicipta, pewarisan dan penyebaran pengetahuan telah memasuki era yang baru. Cai Lun, ahli sains yang menjalankan pembaharuan besar terhadap teknologi pembuatan kertas pada zaman purba China.

Jia Sixie, Ahli Sains Pertanian Tersohor

Jia Sixie, Ahli Sains Pertanian Tersohor

2014-12-12 13:01November 14 2019 17:53:18

Jia Sixie hidup pada tempoh abad ke-5 Masihi. Amat jarang terdapat dalam catatan sejarah tentang riwayat hidup beliau. Jia Sixie pernah menjawat jawatan sebagai pegawai pentadbiran tempatan. Beliau amat mementingkan pengeluaran pertanian. Demi mendapat pengetahuan dan pengalaman pertanian, beliau menanam padi-padian, memelihara kambing dan menjalankan eksperimen. Beliau juga sentiasa berguru dengan petani dan penternak yang berpengalaman.

Li Daoyuan, Sarjana Tersohor pada Zaman Silam China

Li Daoyuan, Sarjana Tersohor pada Zaman Silam China

2014-12-12 12:57November 14 2019 17:53:18

Huraian tentang Cataran Air merupakan buku klasik ilmu geografi yang paling termasyhur pada zaman silam China. Buku itu telah memberi penjelasan tentang catatan terperinci sungai-sungai di China pada abad ke-5. Buku itu tetap bernilai tinggi dalam penyelidikan sains pada masa ini. Buku itu ditulis oleh Li Daoyuan, sarjana tersohor pada zaman silam China.

Zu Chongzhi, Ahli Sains Tersohor Pada Zaman Silam China

Zu Chongzhi, Ahli Sains Tersohor Pada Zaman Silam China

2014-12-12 11:47November 14 2019 17:53:18

Pengkajian sains dan teknologi telah mencapai perkembangan pesat pada abad ke-3 hingga abad ke-6 Masihi di China. Pada masa itu, sejumlah besar ahli sains tersohor telah muncul di China dalam bidang matematik, astronomi, almanak, pembuatan mesin dan lain-lainnya. Zu Chongzhi merupakan ahli matematik dan astronomi yang terkemuka pada masa itu. Pencapaian beliau dalam bidang pengkajian sains dianggap sebagai tahap tertinggi perkembangan sains dan teknologi China pada masa itu.

Li Qingzhao, Sasterawan Wanita Terkenal dalam Sejarah China

Li Qingzhao, Sasterawan Wanita Terkenal dalam Sejarah China

2014-12-12 11:43November 14 2019 17:53:18

China pada zaman purba merupakan masyarakat yang hanya mengutamakan hak kaum lelaki, manakala kedudukan kaum wanita sangat rendah. Dalam bidang kesusasteraan, hampir kesemua pencapaian dimonopoli oleh kaum lelaki. Walaupun demikian, pada abad ke-11 di China telah muncul seorang sasterawan wanita Li Qingzhao yang terkenal dalam sejarah China.

Tao Yuanming, Sasterawan Tersohor Zaman Dinasti Jin Timur

Tao Yuanming, Sasterawan Tersohor Zaman Dinasti Jin Timur

2014-12-12 11:40November 14 2019 17:53:18

"Petik bunga kekwa di sekitar pagar sebelah timur dan kelihatan gunung Nanshan dari kejauhan", ini merupakan sajak yang ditulis oleh Tao Yuanming, sasterawan tersohor pada zaman Dinasti Jin Timur China. Sajak itu sangat terkenal dalam sejarah kesusasteraan China.

Laozi, Ahli Falsafah Terkenal dalam Sejarah China

Laozi, Ahli Falsafah Terkenal dalam Sejarah China

2014-12-12 11:35November 14 2019 17:53:18

Pada lebih 2,500 tahun yang lalu adalah Period Musim Bunga dan Gugur di China. Walaupun pemerintahan kerajaan pusat iaitu Dinasti Zhou telah ditubuhkan, tetapi peperangan sering dilancarkan oleh pelbagai negeri dalam masa panjang. Perjuangan antara pelbagai kelas dan lapisan masyarakat berlaku dengan hebat. Sehubungan dengan itu, sarjana yang mewakili pelbagai kelas dan lapisan masyarakat telah memperkenalkan falsafah pelbagai taifah. Laozi merupakan ahli falsafah yang terkenal pada tempoh itu.

Wen Tianxiang, Pahlawan Patriotik dalam Sejarah China

Wen Tianxiang, Pahlawan Patriotik dalam Sejarah China

2014-12-12 11:31November 14 2019 17:53:18

Wen Tianxiang dilahirkan pada tahun 1236 Masihi iaitu semasa zaman Dinasti Song. Bapanya merupakan seorang sarjana yang mempunyai kepandaian tinggi dalam bidang-bidang astronomi, geografi, kedoktoran, kesusasteraan dan lain-lain. Wen Tianxiang telah diberi ajaran yang baik dalam pelbagai bidang oleh bapanya semasa beliau masih kecil lagi. Beliau belajar dengan tekun dan mempunyai minat yang luas terhadap pelbagai bidang. Cita-cita yang memperlihatkan keluhuran intelektual pada zaman purba China adalah tekun belajar dan dilantik sebagai pegawai kerajaan selepas lulus daripada peperiksaan kerajaan.

< 1 2 3 4 5 6 7 ...12

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin