Lokasi Anda: Kebudayaan > Tokoh Tersohor

Tokoh Tersohor

Li Zhi, Ahli Ideologi dan Teori Seni Tersohor dalam Sejarah China

Li Zhi, Ahli Ideologi dan Teori Seni Tersohor dalam Sejarah China

2014-11-25 16:12December 12 2019 01:08:50

Dalam masyarakat feudal yang bersejarah selama lebih 2000 tahun di China, ideologi feudal sentiasa di sanjung oleh pemerintah pelbagai dinasti. Mereka melaksanakan pemerintahan terhadap negara dan rakyat berdasarkan ideologi yang dianggap sebagai ideologi ortodoks itu. Dalam sejarah feudal China selama lebih 2000 tahun, terdapat banyak pujangga ternama yang menentang ideologi ortodoks itu dan memperkenalkan fikiran demokratik atau fikiran yang mengandungi unsur demokratik.

Li Hongzhang, ahli politik yang tersohor pada zaman Dinasti Qing China

Li Hongzhang, ahli politik yang tersohor pada zaman Dinasti Qing China

2014-11-25 16:06December 12 2019 01:08:50

Li Hongzhang ialah seorang ahli politik pada abad ke-19 iaitu tempoh pertengahan dan akhir zaman Dinasti Qing China. Beliau telah memberi pengaruh yang besar terhadap perkembangan sosial dalam sejarah moden China. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap Li Hongzhang ada yang baik ada yang buruk sehingga hari ini.

Li Zicheng, Pemimpin Tentera Pemberontak Petani Tersohor dalam Sejarah China

Li Zicheng, Pemimpin Tentera Pemberontak Petani Tersohor dalam Sejarah China

2014-11-25 15:46December 12 2019 01:08:50

Pada pertengahan abad ke-17, tentera pemberontak petani yang dipimpin oleh Li Zicheng menjadi semakin kuat. Li Zicheng memimpin tenteranya telah menawan bandar Beijing, ibu negara Dinasti Ming dan menggulingkan pemerintahan Dinasti Ming. Walaupun akhirnya beliau gagal untuk menubuhkan pemerintahannya sendiri, tetapi peperangan yang dilancarkan oleh tentera pemberontak petani yang dipimpin oleh beliau untuk menjatuhkan pemerintahan Dinasti Ming menjadi peristiwa penting dalam sejarah China.

Pendeta Hui Yuan, Pengasas Kumpulan Agama Buddha Jingtu China

Pendeta Hui Yuan, Pengasas Kumpulan Agama Buddha Jingtu China

2014-11-25 15:16December 12 2019 01:08:50

Agama Buddha merupakan agama yang mempunyai jumlah penganut paling ramai daripada beberapa agama lain di China. Agama Buddha diperkenalkan ke China dari India pada dua ribu tahun yang lalu. Agama Buddha sebagai agama yang diperkenalkan dari negara asing dapat digabungkan secara beransur-ansur dengan kebudayaan China terutamanya disebabkan oleh kebanyakan tokoh tersohor dalam sejarah China telah memainkan peranan penting dalam penyebaran dan perkembangan agama Buddha di China.

Zheng Chenggong, Pahlawan Bangsa China

Zheng Chenggong, Pahlawan Bangsa China

2014-11-14 13:52December 12 2019 01:08:50

Zheng Chenggong merupakan seorang pahlawan bangsa China. Pada abad ke-17, beliau memimpin armada China menyeberangi laut dan berjaya membebaskan Taiwan yang diduduki oleh kolonialis Belanda dan mengusir mereka. Beliau telah membuat sumbangan besar bagi kesatuan China.

Bao Zheng, Pegawai yang Tersohor pada Zaman Silam China

Bao Zheng, Pegawai yang Tersohor pada Zaman Silam China

2014-11-14 13:44December 12 2019 01:08:50

Bao Zheng merupakan seorang pegawai yang dihormati dan dipuji oleh rakyat jetala China dalam masa seribu tahun yang lalu. Beliau merupakan seorang pegawai yang adil dan amanah. Beliau sentiasa menjalankan pentadbiran berdasarkan undang-undang, menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang bersalah dengan tidak menghiraukan kritikan dan fitnah yang tidak tepat terhadap beliau dan tidak takut akan tekanan yang diberikan oleh pegawai kanan.

Zhu Yuanzhang, Maharaja yang Berasal daripada Rakyat Jelata pada Zaman Silam China

Zhu Yuanzhang, Maharaja yang Berasal daripada Rakyat Jelata pada Zaman Silam China

2014-11-14 13:39December 12 2019 01:08:50

Pada zaman feudal di China, maharaja biasanya dilantik daripada kalangan putera raja. Manakala Zhu Yuanzhang merupakan seorang maharaja yang berasal daripada rakyat jelata yang miskin. Keadaan ini jarang terdapat dalam sejarah China.

Laksamana Cheng Ho, Pelayar Tersohor pada Zaman Silam China

Laksamana Cheng Ho, Pelayar Tersohor pada Zaman Silam China

2014-11-14 13:36December 12 2019 01:08:50

Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.

Li Longji, Maharaja Xuan Zong Dinasti Tang China

Li Longji, Maharaja Xuan Zong Dinasti Tang China

2014-11-14 13:26December 12 2019 01:08:50

Li Longji, Maharaja Xuan Zong pada zaman Dinasti Tang China merupakan seorang maharaja yang tersohor dalam sejarah China. Baginda telah membuat jasa yang cemerlang dalam sejarah China dan juga telah mengakibatkan kemorosotan drastik Dinasti Tang. Kisah kecintaan terhadap Baginda telah diceritakan turun-temurun dalam opera dan karya kesusasteraan di China.

Wu Zetian, Satu-satunya Maharani dalam Sejarah China

Wu Zetian, Satu-satunya Maharani dalam Sejarah China

2014-11-14 13:26December 12 2019 01:08:50

Dalam sejarah China, kesemua maharajanya ialah lelaki. Akan tetapi, satu kekecualian muncul pada tahun 690 Masihi, Wu Zetian naik takhta dan menubuhkan Dinasti Zhou pada tahun itu, beliau merupakan satu-satunya maharani dalam sejarah China.

< 1 ...7 8 9 10 11 12

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin