Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Maharaja Qinshihuang

2014-12-16 14:59:28

Maharaja Qinshihuang

Maharaja Qinshihuang merupakan maharaja pertama masyarakat feudal China. Baginda merupakan tokoh yang dipuji di satu pihak dan juga dikritik di lain pihak. Maharaja Qinshihuang buat kali pertama menyatukan China, baginda mengambil banyak tindakan untuk mendorong pembangunan ekonomi dan kebudayaan seperti menyatukan mata wang, huruf dan sistem ukuran. Baginda membina tembok besar untuk menahan serangan musuh. Tindakan-tindakan tersebut menyebabkan baginda menjadi negarawan terkenal dalam sejarah China. Di lain pihak, baginda dianggap sangat kejam dan mewah. Baginda membakar buku dan mengebumikan secara hidup-hidup pujangga yang pendapatnya berbeza dengan pendapat baginda di seluruh negara China.

Maharaja Qinshihuang

Tidak lama selepas menyatukan China, Maharaja Qinshihuang telah memulakan pembinaan makamnya. Seramai 700 ribu orang membina makam baginda selama 40 tahun. Apabila baginda mangkat, makamnya masih belum selesai dibina. Makam Maharaja Qinshihuang terletak di Lishan, kawasan di luar Bandar Xian, ibu kota Provinsi Shanxi. Kawasan makam itu seluas lebih 56 kilometer persegi. Makam itu berbentuk piramid. Dasar makam itu sepanjang 350 meter, selebar 345 meter dan setinggi 76 meter. Di sekitar makam itu, terdapat lebih 500 buah makam iringan. Di makam-makam iringan tersebut dikebumikan orang-orang yang membina Makam Maharaja Qinshihuang, tiruan kuda dan pedati yang digunakan oleh Maharaja Qinshihuang, tiruan tempat pemeliharaan kuda di istana diraja dan patung tanah liat berupa perwira dan kuda yang melambangkan tentera Dinasti Qin.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin