Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Ruan Ji, Penyair Tersohor Pada Zaman Silam China

2014-12-15 13:28:38

Ruan Ji merupakan salah seorang penyair tersohor pada zaman abad ke-3 di China. Sajak-sajak beliau menempati kedudukan penting dalam sejarah kesusasteraan China.

Ruan Ji, Penyair Tersohor Pada Zaman Silam China

Pada masa akhir abad ke-2 dan awal abad ke-3, masyarakat China berada dalam suasana pergolakan. 3 negeri iaitu Negeri Wei, Shu dan Wu masing-masing hendak mengalahkan negeri lain melalui peperangan bagi memerintah seluruh China. Antara ketiga-tiga negeri tersebut, Negeri Wei merupakan negeri yang paling kuat. Ruan Ji merupakan penyair dari Negeri Wei.

Bapa Ruan Ji merupakan seorang pensyarah terkenal dan pernah dilantik sebagai pegawai kanan Negeri Wei. Ruan Ji menjadi terkenal ketika beliau masih muda disebebkan oleh kehebatannya dalam bidang kesusasteraan, dan tambahan pula reputasi bapanya sebagai pegawai kanan negeri. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pegawai dalam masa yang panjang. Pada masa itu, beliau telah berkali-kali mengadakan tinjauan ke medan perang dan mengkaji teori ketenteraan untuk menyumbangkan jasa dalam peperangan. Pada masa itu, perjuangan hebat telah berlaku antara pelbagai kumpulan politik di Negeri Wei, pelbagai kumpulan politik berusaha mengawal para pujangga supaya mereka berkhidmat kepada kumpulan politik tersebut. Sesuatu yang amat sukar bagi para pujangga untuk mengelakkan diri daripada penganiayaan kumpulan tersebut dengan mengambil pendirian berkecuali. Ruan Ji yang mementingkan kebebasan tidak mahu terlibat dalam perjuangan politik dan juga takut akan penganiayaan, maka beliau meletakkan jawatan dan pulang ke kampung halamannya.

Ruan Ji, Penyair Tersohor Pada Zaman Silam China

Sajak-sajak Ruan Ji mempunyai kedudukan penting dalam sejarah kesusasteraan dan syair China. Syair China yang paling awal ialah "Koleksi Sajak" yang digubah oleh rakyat China pada masa abad ke-10 hingga abad ke-7 sebelum Masihi. Kebanyakan bait dalam "Koleksi Sajak" itu terdiri daripada 4 perkataan bahasa Mandarin. Dalam masa beberapa ratus tahun selepas itu, bait-bait sajak China beransur-ansur berubah daripada 4 perkataan menjadi 5 perkataan dan seterusnya 7 perkataan. Sampai zaman Dinasti Tang iaitu pada abad ke-7 hingga abad ke-10, penggubahan sajak berkembang pesat dan mencapai tahap yang sangat tinggi, sejumlah penyair terkenal dalam sejarah China seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi telah muncul pada masa itu. Dalam proses perkembangan itu, bait sajak yang terdiri daripada 5 perkataan telah menjadi gaya penulisan pada masa itu, Sehubungan dengan itu hasil karya Ruan Ji turut tidak terkecuali menerima perubahan itu.

82 buah sajak tersohor Ruan Ji yang dikoleksikan dalam "Sajak Yonghuai" merupakan bait sajak yang terdiri daripada 5 perkataan. Sajak-sajak yang ditulis oleh beliau untuk meluahkan perasaannya itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ini disebabkan beliau hidup dalam keadaan politik yang istimewa serta pandangan dan tabiat beliau yang unik terhadap keadaan politik pada masa itu. Sajak-sajak tersebut terbahagi dalam dua bahagian. Bahagian pertama ialah sajak yang mengutarakan biodata dan cita-cita beliau. Misalnya ada sajak yang menceritakan tentang kegiatan bermain pedang pada masa mudanya dan ada juga sajak yang mengisahkan tentang cita-cita beliau untuk mengkaji ilmu panjang umur dan keinginan menjadi dewa. Bahagian kedua ialah sajak yang membentangkan pandangan politik beliau sendiri. Dalam sajak-sajak tersebut, beliau telah meluahkan kekhuatirannya terhadap masa depan negara dan pendiriannya yang enggan berkongsi dengan kuasa politik yang tidak menguntungkan negara dan rakyat. Pakar berpendapat bahawa sajak-sajak Ruan Ji bukan saja telah memperkenalkan biodatanya, tetapi juga telah menggambarkan keadaan pergolakan masyarakat pada masa itu dan mempunyai nilai tinggi dalam kajian sejarah.

Terdapat ramai pujangga tersohor yang hidup sezaman dengan Ruan Ji. Kebanyakan mereka dibunuh atas ketidakpuasan hati yang diluahkan terhadap keadaan masyarakat dan puak pemerintah, dan juga kalangan pujangga yang tertakluk oleh kuasa politik. Hanya Ruan Ji yang terselamat dengan menggunakan kepandaian dan kesabarannya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin