Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Sun Wu, Ahli Teori Ketenteraan Terkenal dalam Sejarah China

2014-12-15 13:13:05

Sun Wu yang juga dikenali sebagai Sunzi merupakan ahli teori ketenteraan pada Period Musim Bunga dan Luruh, abad ke-6 sebelum Masihi. Dinasti Zhou mundur dari sehari ke sehari pada masa itu, pelbagai negeri melancarkan peperangan berturut-turut dalam banyak tahun untuk meningkatkan kekuatan sendiri. 480 kali peperangan telah berlaku dalam Period Musim Bunga dan Luruh selama 240 tahun. Sun Wu pernah menganggotai tentera Negeri Wu dan turut menyertai peperangan semasa remajanya. Setelah cedera dalam peperangan, Sun Wu meninggalkan pasukan tentera dan mula menulis buku. Peperangan yang dilancarkan antara pelbagai negeri pada masa itu telah menyediakan bahan kepada beliau untuk mengadakan kajian dan menulis buku. Taktik Peperangan Sunzi merupakan karya Sun Wu yang terkenal. Sun Wu mempersembahlkan karya itu kepada raja Negeri Wu.

Sun Wu, Ahli Teori Ketenteraan Terkenal dalam Sejarah China

Raja Negeri Wu sentiasa ingin menewaskan Negeri Chu, tetapi Negeri Chu sangat kuat pada masa itu. Raja Negeri Wu kekurangan hulubalang yang mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan untuk mengarahkan tentera negeri itu. Baginda menghargai kepakaran Sun Wu selepas membaca Taktik Peperangan Sunzi. Demi mengaji kemampuan Sun Wu meminpin tentera, baginda menitahkan Sun Wu menjalankan latihan tentera terhadap dayang di istana diraja. Sun Wu membahagi-bahagikan 180 orang dayang dalam dua barisan dan melantik dua orang gundik yang disukai oleh baginda menjawat jawatan ketua kedua-dua barisan tersebut. Dalam latihan itu, dua orang ketua barisan dan para dayang hanya bermain-main sahaja dan tidak mematuhi arahan Sun Wu. Sun Wu beberapa kali mengarahkan mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh, tetapi mereka tetap tidak mematuhi arahan Sun Wu tersebut. Sun Wu dengan tegas membunuh dua orang gundik berdasarkan peraturan tentera. Apabila Sun Wu mengeluarkan lagi arahan, para dayang itu tidak berani bermain-main lagi dan turut menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan teratur. Melalui ujian itu, Baginda dapat mengetahui kemampuan Sun Wu mengarahkan tentera dan melantik Sun Wu sebagai hulubalang.

Sun Wu, Ahli Teori Ketenteraan Terkenal dalam Sejarah China

Tentera Negeri Wu melancarkan serangan terhadap Negeri Chu pada tahun 506 sebelum Masihi. Askar tentera Negeri Wu yang hanya berjumlah 30 ribu orang di bawah pimpinan Sun Wu telah mengalahkan tentera Negeri Chu yang berjumlah 200 ribu orang, kemenangan itu menjadikan Sun Wu terkenal. Sun Wu terus mencapai kemenangan dalam peperangan dalam lebih 20 tahun selepas itu.

Taktik Peperangan Sunzi merupakan karya teori ketenteraan yang paling awal di dunia, karya itu ditulis oleh Sun Wu pada 2500 tahun yang lalu dan lebih awal 2300 tahun daripada Taktik Peperangan yang ditulis oleh Clausewitz di Eropah.

Taktik Peperangan Sunzi mengandungi banyak falsafah yang terkenal. Misalnya kesimpulan tentang "mengetahui keadaan sendiri dan keadaan tentera musuh dapat mencapai kemenangan dalam semua pertempuran dan kesimpulan ini telah menjadi pepatah yang diketahui oleh rakyat China. Taktik Peperangan itu terdiri daripada lebih 6 ribu perkataan Mandarin dalam 13 bahagian dan setiap bahagian mempunyai topiknya sendiri. Misalnya bahagian Perancangan telah menganalisis masalah apakah perang boleh dilancarkan. Bahagian ini telah menjelaskan hubungan antara perang dengan politik dan ekonomi, dan mengemukakan 5 faktor yang menentukan kemenangan dan kekalahan peperangan iaitu politik, keadaan cuaca, keadaan geografi, hulubalang dan peraturan.

Taktik Peperangan Sunzi melahirkan pengaruh besar di dunia dan diterjemah ke 29 bahasa asing. Terdapat ribuan versi Taktik Peperangan Sunzi diterbitkan di dunia. Taktik Peperangan Sunzi juga banyak digunakan dalam bidang-bidang sosial dan perniagaan dan telah memainkan peranan besar bagi peniaga dan pengusaha terkenal di China dan dunia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin