Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Ahli Politik dam Sasterawan Dinasti Song, Wang Anshi

2014-12-15 13:00:40

Wang Anshi yang hidup pada tahun 1021 hingga 1086 Masihi merupakan seorang ahli politik, pemikir, sasterawan dan pembaharu yang terunggul pada Dinasti Song. Beliau juga dikenali sebagai salah seorang daripada lapan orang sasterawan yang tersohor dalam bidang sastera klasik pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song.

Ahli Politik dam Sasterawan Dinasti Song, Wang Anshi

Wang Anshi lahir dalam keluarga sederhana. Ayahnya ialah seorang pegawai berpangkat rendah dalam jabatan kerajaan. Beliau yang berpendidikan tinggi amat gemar membaca sejak kecil dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa. Ketika berumur 21 tahun, beliau telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pengambilan pegawai kerajaan pusat.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan tempatan, pegawai kerajaan pusat sehinggalah kemuncaknya sebagai Perdana Menteri. Kerana pengalamannya yang luas sebagai pegawai kerajaan tempatan, Wang Anshi menyedari bahawa, jika ingin meningkatkan kekuatan negara, pembaharuan mestilah dijalankan terhadap sistem pentadbiran yang lama. Jadi, beliau menulis surat kepada rajanya ketika itu, untuk merayu agar pembaharuan yang menyeluruh dilakukan terhadap sistem pemerintahan. Sistem tersebut diwujudkan ketika Dinasti Song ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan. Dalam surat itu, Wang Anshi telah menawarkan cadangan yang praktikal tentang langkah-langkah pembaharuannya. Cadangannya diterima oleh raja dan dilaksanakan secara menyeluruh, melibatkan bidang pertanian, pembuatan, perniagaan dan lain-lain. Pembaharuan yang diterajui oleh Wang Anshi ini telah memberikan kesan yang besar terhadap kehidupan masyarakat pada ketika itu.

Selain dikenali sebagai ahli politik dan pemikir yang tersohor, Wang Anshi juga ialah seorang sasterawan yang unggul pada zamannya. Sebagai seorang ahli politik, penekanannya terhadap peranan penggubahan atau pengkaryaan sastera dalam aktiviti politik telah mengikat penggubahan sastera dengan aktiviti politiknya. Beliau menganggap bahawa fungsi utama penggubahan sastera adalah berkhidmat kepada masyarakat. Oleh sebab pencapaiannya dalam bidang sastera amat tinggi, pandangannya amat diambil berat oleh pihak berkuasa.

Dalam pengkaryaan dan penulisan, Wang Anshi menentang gaya penulisan yang kurang berisi. Beliau berpendapat bahawa hasil karya sastera sepatutnya sesuai untuk dibaca oleh rakyat jelata, memberikan kesan yang positif kepada masyarakat dan tidak semestinya menggunakan banyak istilah yang bergaya dengan sengaja. Kebanyakan hasil karyanya menceritakan tentang masalah sosial dan isu politik yang agak berat.

Prosa karya Wang Anshi penuh semangat, bergaya mudah dan ringkas sahaja. Pandangan politiknya jelas diperlihatkannya dalam karyanya, dan diterangkannya dengan terperinci agar rakyat lebih mudah mengetahui dan memahami masalah-masalah yang wujud dan langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.

Selain prosa, antara karya yang dihasilkannya juga termasuk catatan lawatan, sajak, syair dan beberapa banyak karangan yang menarik.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin